" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

Telan Kahak Di Siang Hari Ramadhan ???

Posted by bro_JSE 04 September 2008

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanyakan berkaitan makanan di dalam mulut sewaktu kita berpuasa.
1) Kahak. Saya mempunyai kahak yang tebal. Kadang-kadang ia selalu masuk ke mulut secara tiba-tiba [atau mungkin perasaan saya]...saya begitu tertekan kerana selalu sgt keadaan ini. Perlukah saya meludah? Bila meludah tu kena berkumur dgn air mutlak tak??? Pernah juga saya terasa pahit/manis sedangkan itu waktu tengahari....dan tentunya sudah lama makanan itu hadam....
Adakah ini was2? Bagaimana syaitan ada di bulan Ramadhan???
2) Rasa manis. Saya selepas makan/berbuka setakat ini membawa berus gigi bersama..Kenapa? Sebab apabila solat selalu terasa macam ada rasa makanan--manis, kelat dsb...dan saya lihat org lain tidak begitu. Adakah ini was2? Atau ada rukhsah utk perkara ini....lagi pulak bersiwak tu sunat je kan?

Jawapan:

1) Madzhab Syafi'iy menetapkan kahak tidak boleh ditelan jika ia sudah terpisah dari tenggorok dan berada di luar bibir. maksudnya apabila kita sudah bercadang meludahkan kahak itu dan mengeluarkan separuh jalan (berada dibibir) lalu dia menelannya kembali, maka batal puasa. Manakala ahli tahqeeq spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah berpendapat tidak batal jika tidak disertakan niat untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Sebaiknya kahak ini diludah sahaja (bukan susah pun) dan berkumur itu lebih baik dan berkumur tidak membatalkan puasa. (Ruj:Fiqh Islami dan Fiqh Sunnah)

1.2 Merasai pahit dan kelat ketika tengahari itu normal kerana itulah impak/rahsia puasa yg sebenarnya yg hendak disampaikan oleh agama kita. Perasaan lapar dan dahaga akan menghasilkan perasaan kering mulut dan air liur terasa pahit dan kelat. Maka menelannya tidak membatalkan puasa. Untuk menghilangkannya boleh saja dgn memberus gigi atau bersugi. Mengenai makruh memberus gigi sebelah petang itu tidak kuat alasannya. (Fiqh Sunnah)

1.3 apakah anda was2? Mungkin ya atau tidak. Was-was itu bila kita tidak tahu akan sesuatu, bukan disebabkan oleh syaitan saja. Jalan mengubatinya ialah belajar dan terus belajar. Syaitan ada atau tiada di bulan Ramadhan atau mereka dibelenggu itu suatu yg perlu ditafsir dan ditakweel. Dr al_Imam Prof alQardhawi berpendapat syaitan dibelenggu atau disita pada bulan Ramadhan ini adalah bahasa simbolik sahaja, yakni Nabi saw menggunakan gaya bahasa hi-level. Orang awam/biasa memahami syaitan betul2 dibelenggu atau kena tahanan sementara atau reman 30 hari, tapi ahli ilmu memahami pengaruh syaitan itu dikalahkan dengan waves atau arus kebaikan yg melanda pesekitaran dan ia memudahkan amal2 kebaikan dilakukan. Maksudnya secara otomatik, bila perut orang Islam itu diikat oleh puasa, maka anasir kajahatan termasuk manusia dan syaitan akan lemah dan terbelenggu.

2) Jika selepas berbuka dan memberus gigi dgn cara yg betul, tapi masih ada terasa manis dan kelat (rasa makanan), itu adalah umum albalwa (sesuatu yg di luar batasan manusia) yg mana manusia tidak diminta tanggungjawaban. Maka tak usahlah risau. Ini adalah was-was atau sifat perfection (kesempurnaan) atau memberat-beratkan diri yg ekstrim yg di alami oleh ramai orang awam.
Sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi dengan memberus atau berkumur dgn cecair antiseptic adalah sunnah. (Fiqh Sunnah)

0 comments

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments