" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

Pilihlah Pasangan Yang Tidak Merokok....

Posted by bro_JSE 26 October 2008 1 comments

Baru-baru ini Mufti Perlis,Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mengeluarkan suatu cadangan kepada kaum hawa agar berhati2 dalam memilih calon suami supaya mereka lebih mengutamakan lelaki yg tidak merokok. Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini, bukanlah ingin membuat suatu diskriminasi kepada golongan2 yang merokok ini, tetapi sebagai suatu dorongan kepada mereka untuk terus berhenti daripada meneruskan tabiat ini. Walaupun pelbagai kempen atau ceramah telah dijalankan namun ianya tidak membawa apa-apa kesan kepada mereka yang telah menjadi perokok tegar. Mungkin dengan cara ini dapat menimbulkan kesedaran kepada mereka moga-moga diberi hidayah daripada Allah sebelum mata tertutup rapat kerana perbuatan merokok ini memberikan kesan mudharat yang amat dahsyat sehingga boleh menyebabkan kematian dan ramai para ulama' telah berpendapat mereka yang terus dengan perbuatan ini digelar sebagai fasik... Moga Allah memberi keampunan kepada mereka. Berikut adalah penjelasan daripada Mufti Perlis...

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Haram ber-Tabarruj !!!!

Posted by bro_JSE 18 October 2008 0 comments

Assalamualaikum wbt, alhamdulillah setelah sekian lama menyepi tanpa apa-apa artikel sejak penhujung ramadhan yang lalu, hari ini saya ingin membawakan kepada sahabat-sahabat mengenai suatu tajuk yang tidak asing di dalam kehidupan seharian kita dan perkara yang yang selalu kita lupa dan alpa mengenainya sedangkan jelaslah pengharaman nya oleh Allah swt sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Quran. Jadi secara permulaannya apakah yang dimaksudkan dengan tabarruj itu sendiri. Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalilnya dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji)."


1) Ciri-ciri tabarruj yang diharamkan ialah:
* Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
* Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
* Bersolek dan berhias belebihan.


2) Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada
dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.

3) Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:
- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki

4) Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.

5) Berpakaian kemas bukan dikira sebagai tabarruj.

6) Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.


7) Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah
dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang berhias untuk suaminya sahaja.

8) Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah
tabarruj.

9) Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi:
- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh
bagi yang berkahwin untuk suami.
- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh
dipandang.
- Memerahkan muka secara berlebihan. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
- Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..

10) Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai
tabarruj.

11) Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.

Isu-isu semasa Berkaitan Dengan Tabarruj:

1) Memakai bau-bauan yang kuat
-Hukumnya haram berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (HR al-Tarmizi)
-Hukumnya adalah sunat sekiranya memakai wangian dirumah untuk suaminya .

2) Mencabut dan Mencukur bulu kening oleh wanita

-Hukumnya adalah haram sebagaimana hadis Riwayat Abu Daud yang bermaksud “Rasulullah telah melaknati wanita yang mencukur alis matanya dan yang meminta dicukurkan alis matanya."

-Hukumnya adalah harus sekiranya untuk suami dan mendapat keizinan suami iaitu menurut pandangan Mazhab Hanbali.

3) Mewarnakan rambut dengan warna hitam

-Harus sekiranya untuk suami.

-Haram bagi wanita beruban yang tidak berkahwin mewarnakan rambut dengan warna hitam kerana mempunyai unsur penipuan.
(perempuan yang mewarnakan rambut dengan warna lain dibolehkan(harus) dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal dan hanya boleh dinampakkan kepada mereka yang tidak diharamkan menampakkan aurat.

Dalil:
Hadis riwayat Jabir bin Abdullah:
Saidina Abu Bakar membawa ayahnya Abu Quhafah kepada Nabi saw pada hari pembukaan Mekah sedangkan kepalanya penuh dengan uban kerana terlalu tua . Baginda bersabda Ubahlah ini(uban) dan jangan dengan warna hitam.

Bagi yang tidak tua melampau:- Tidak mengapa pada pendapat Yusuf Al Qardhawi berdasarkan kata-kata Az-Zuhri:
“Dahulu kami pernah mewarnakan rambut kami dengan warna hitam ketika wajah kami masih kelihatan muda tetapi apabila wajah kami mula kelihatan berkedut kedut dan gigi kami pun mula bergoyang kami tidak mewarnakan dengan warna hitam lagi”.

4) Mencantikkan barisan gigi menggunakan pendakap gigi:

Hukumnya haram jika ingin mencantikkan gigi semata-mata, sebagaimana Rasulullah telah mengharamkan mengasah gigi untuk menajamkannya dan mengharamkan menajamkan gigi.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
“Rasulullah melaknati wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi lebih cantik dan yang mengubah ciptaan Allah.”

Hukumnya harus, sekiranya untuk tujuan perubatan kerana keperluan seperti sakit, pedih dan sebagainya dan juga supaya tidak mendatangkan keaiban kepada wajahnya.

Dalilnya: Hadis dari Al-Fajah bin As’ani, bahawasanya hidungnya telah rosak semasa peperangan kerana terkena panah. Maka ditampal hidungnya itu dengan perak namum hidung tersebut mengeluarkan bau busuk maka Nabi mengarahkannya menampal hidung tersebut dengan emas.

Keharusan ini kerana dharurat kerana tiada cara lain untuk sembuh melainkan cara ini.

Salam Aidilfitri pada semua......

Posted by bro_JSE 10 October 2008 10 comments

Assalamualaikum wbt... Di kesempatan syawal yang masih berbaki beberapa hari saja lg ini... sy ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca2 yang sudi melawat blog Kembara Seorang Musafir ini... maaf kepada semua jika ada tersilap pada tutur kata atau penulisan sy sebelum ini... Tidak lupa juga kepada kwan2 yang sudi memberi dorongan kepada sy untuk terus mengaktifkan blog ini sperti masri (UIA) dan juga kepada sahabat2 yang sama berjuang di Universiti Malaya ini... Actually, blog ni dah lame tak update sampai kene komen dgn member2 yang prihatin kat sebelah tepi tu... al maklumlah mood raye tak hbs lagi... jadi nk menulis tu mcm mls2 sket tambahan pula tarikh exam dah dekat... dengan assignment yang tak siap lagi... jd mungkin laa disebabkan faktor2 tu blog ni dah lame tak update (sebenarnya malas... huhu)...



Jadi dah alang2 menulis ni... sy ceritakan laa sedikit pengalaman berhari raya di kampung tempoh hari.... Sy pulang dari KL ke kmpung dengan semangat yang berkobar2 dengan harapan dapat menyiapkan assignment ketika dikampung nanti... Jadi pulang la ke kampung bersama motosikal kapcai ku dengan membawa satu beg buku dan satu beg baju. nak dijadikan cerita mcm mane beg tu dibawa balik ke kampung mcm tu laa ia dibawa pulang ke UM ni balik... zip nye pon tak terdaya untuk ku bukak... sebabnye bile dah balik kampong tu... mcm2 adaa... dengan keje yang berlambak2 menunggu... maka, jadi laa beg buku tu sebagai perhiasan je kat umah.. huhu... 3 hari sebelum raye, sibuk dengan mengecat rumah... mak aku lerr beriye2 nak warna baru (warne ijau)... jadi nak mengecat satu rumah ni bukannye senang... abg aku plak da bekerja, mak plak c buk menjahit baju... maka... pekerja yang setia mengecat smpai laa habis satu rumah aku lerr nampaknye... tp takpe... Bulan Ramadhan... daripada tidoo jer baik aku wat keje yang berfaedah.. moga2 Allah memberi ganjaran dengan keje tu...

Raya tahun ni aku takde beli sepasang baju baru pon... pkai baju yang tahun2 lepas punye jer... nampak laa lusuh sket... nk buat mcm mane... keadaan ekonomi kurang mengizinkan... Solat sunat aidilfitri aku pegi masjid Repah... Depan sekolah lama aku dulu... Ingatkan tak ramai... rupa2nye dah pnuh masjid tu smpai laa kat luar... nasib baik ade bentang tikar... dapat laa duduk... aku pon pelik...biasa sembahyang fardhu tak penah pon sampai mcm tu... mungkin sebab ramai orang yang Ahli Sunat Wal Jumaat kot yang datang tu... sbb muke2 yang tak pnah nmpak pon kat masjid kecuali hari jumaat n sunat aidilfiti n aidiladha... Ish.. merepek je aku ni... org dah nak berubah ngutuk2 plak... astaghfirullah.... tp tula hakikatnya setiap tahun....

Raya pertama kami satu keluarga tak de kat rumah... sibuk pegi ziarah saudara mara kat kampung tu... Setelah hampir setahun tak berjumpa ini laa masenye nk merapatkan semula hubungan sillaturrahim ... Bukan senang masing2 nak berkumpul sama dalam satu mase kecuali hari raya ni jelaa dapat buat mcm ni... eh... ok laa.. da melalut2 daa ni... byak lagi assignment yang nk kene buat... insyaallah posting2 ilmiah akan menyusul selepas ini... berikut, adalah gmbr2 kenangan berhari raya di kampungku tempoh hari....wslm wbt.

ni gambar kat umah nenek sedara... yang baju biru tu aku lerr...

Dari kiri: Adik aku jiji... ayah n along aku yang tak hensem .. huhuhu


Ni plak mak aku ngah dukung anak buah die.. anak mak su aku...


Pak Su ngan anak die yang kuat menangis... nak kono blasah agak eh...


Ni laaa.. atok ku yg sudah membujang selama 10 thun.... huhuu.. kesian


Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments