" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

Haram ber-Tabarruj !!!!

Posted by bro_JSE 18 October 2008

Assalamualaikum wbt, alhamdulillah setelah sekian lama menyepi tanpa apa-apa artikel sejak penhujung ramadhan yang lalu, hari ini saya ingin membawakan kepada sahabat-sahabat mengenai suatu tajuk yang tidak asing di dalam kehidupan seharian kita dan perkara yang yang selalu kita lupa dan alpa mengenainya sedangkan jelaslah pengharaman nya oleh Allah swt sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Quran. Jadi secara permulaannya apakah yang dimaksudkan dengan tabarruj itu sendiri. Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalilnya dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji)."


1) Ciri-ciri tabarruj yang diharamkan ialah:
* Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
* Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
* Bersolek dan berhias belebihan.


2) Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada
dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.

3) Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:
- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki

4) Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.

5) Berpakaian kemas bukan dikira sebagai tabarruj.

6) Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.


7) Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah
dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang berhias untuk suaminya sahaja.

8) Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah
tabarruj.

9) Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi:
- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh
bagi yang berkahwin untuk suami.
- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh
dipandang.
- Memerahkan muka secara berlebihan. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
- Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..

10) Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai
tabarruj.

11) Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.

Isu-isu semasa Berkaitan Dengan Tabarruj:

1) Memakai bau-bauan yang kuat
-Hukumnya haram berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (HR al-Tarmizi)
-Hukumnya adalah sunat sekiranya memakai wangian dirumah untuk suaminya .

2) Mencabut dan Mencukur bulu kening oleh wanita

-Hukumnya adalah haram sebagaimana hadis Riwayat Abu Daud yang bermaksud “Rasulullah telah melaknati wanita yang mencukur alis matanya dan yang meminta dicukurkan alis matanya."

-Hukumnya adalah harus sekiranya untuk suami dan mendapat keizinan suami iaitu menurut pandangan Mazhab Hanbali.

3) Mewarnakan rambut dengan warna hitam

-Harus sekiranya untuk suami.

-Haram bagi wanita beruban yang tidak berkahwin mewarnakan rambut dengan warna hitam kerana mempunyai unsur penipuan.
(perempuan yang mewarnakan rambut dengan warna lain dibolehkan(harus) dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal dan hanya boleh dinampakkan kepada mereka yang tidak diharamkan menampakkan aurat.

Dalil:
Hadis riwayat Jabir bin Abdullah:
Saidina Abu Bakar membawa ayahnya Abu Quhafah kepada Nabi saw pada hari pembukaan Mekah sedangkan kepalanya penuh dengan uban kerana terlalu tua . Baginda bersabda Ubahlah ini(uban) dan jangan dengan warna hitam.

Bagi yang tidak tua melampau:- Tidak mengapa pada pendapat Yusuf Al Qardhawi berdasarkan kata-kata Az-Zuhri:
“Dahulu kami pernah mewarnakan rambut kami dengan warna hitam ketika wajah kami masih kelihatan muda tetapi apabila wajah kami mula kelihatan berkedut kedut dan gigi kami pun mula bergoyang kami tidak mewarnakan dengan warna hitam lagi”.

4) Mencantikkan barisan gigi menggunakan pendakap gigi:

Hukumnya haram jika ingin mencantikkan gigi semata-mata, sebagaimana Rasulullah telah mengharamkan mengasah gigi untuk menajamkannya dan mengharamkan menajamkan gigi.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
“Rasulullah melaknati wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi lebih cantik dan yang mengubah ciptaan Allah.”

Hukumnya harus, sekiranya untuk tujuan perubatan kerana keperluan seperti sakit, pedih dan sebagainya dan juga supaya tidak mendatangkan keaiban kepada wajahnya.

Dalilnya: Hadis dari Al-Fajah bin As’ani, bahawasanya hidungnya telah rosak semasa peperangan kerana terkena panah. Maka ditampal hidungnya itu dengan perak namum hidung tersebut mengeluarkan bau busuk maka Nabi mengarahkannya menampal hidung tersebut dengan emas.

Keharusan ini kerana dharurat kerana tiada cara lain untuk sembuh melainkan cara ini.

0 comments

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments