" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

Perbankan Islam didefinisikan sebagai urusan perbankan yang bebas daripada amalan riba dan berasaskan kepada prinsip-prinsip muamalah Islam. Matlamat utamanya adalah untuk menghapuskan riba daripada semua transaksinya dengan menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perhidmatan alternative yang bersaing secara sihat dengan institusi-institusi perbankan konvensional. Berikut adalah perkembangan-perkembangan pemikiran perbankan Islam yang telah diperkembangkan oleh para fuqaha’ dan sarjana ekonomi Islam semenjak dekad 40-an lagi dan menjadi asas kepada penubuhan dan pelaksanaan perbankan Islam dalam bentuk institusi yang moden.

Perkembangan pemikiran dalam perbankan islam telah dibahagikan kepada tiga fasa iaitu penulisan dalam dekad 40-an, 60-an hingga 70-an dan 80-an hingga sekarang.


Fasa yang pertama (dekad 40-an)

Anwar Iqbal Qurashi . Penyusunan semula urusan bank dan kewangan yang berasaskan perkongsian untung bukan bunga terdapat dalam penulisan. Beliau telah membincangkan mengenai hal ini dalam keadaan yang sangat ringkas dan berasaskan kepada mudharabah yang tidak betul.

Naim Siddiqi . Menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai hubungan penyimpan bank dengan bank peniaga secara berasingan dan mengesyorkna supaya simpanan jangka panjang diberikan bahagian keuntungan yang lebih besar berbanding dengan simpanan jangka pendek . beliau juga tersalah anggap maksud sebenar mudharabah.
Sheikh Mahmud Ahmad . Mengemukakan cadangannya yang berasaskan kepada perkongsian tetapi tidak jelas membezakan antara mudharabah dan musyarakah. Menurut beliau, bank berkongsi keuntungan dengan peminjam dan berkongsi keuntungan dengan para pendeposit tetap dan pemilik saham.

Dr. Muhammad Uzair . Beliau telah menulis mengenai sistem perkongsian untung rugi dalam urusan bank Islam. Beliau telah mengasaskan hubungan penyimpan-bank dan bank usahawan kepada mudharabah yang didefinisikan den gan betul.
Sheikh Ahmad Irsyad. Membincangkan perkara yang sama dengan Dr Uzair ttp telah tersalah anggap tentang konsep mudharabah kerana konsep perkongsian menurut beliau ialah berkongsi keuntungan dan kerugian oleh usahawan.


Fasa yang kedua (dekad 60-an hingga 70-an)

Abd Hadi Ghanameh. Membincangkan bagaimana sistem perkongsian dalam sistem urusan bank Islam tanpa riba itu beroperasi. Beliau mencadangkan supaya penggunaan saham biasa untuk pembiayaan jangka panjang dan penggunaan dana bersama untuk pembiayaan jangka pendek dalam ekonomi tanpa riba. Walaubagaimanapun beliau belum menemui bagaimana institusi perbankan dapat beroperasi tanpa menggunakan mekanisma riba.

Ahmad al-Najjar. Telah mencadangkan skim dimana bank adalah sebuah institusi yang dibentuk untuk menggalakkn tabungan supaya ia dapat digunakan dengan berfaedah dalam sector luar bndar dengan akad perkongsian. Bank mempunyai tabung perkhidmtan social yg mnarik sumbangan zakat daripada orang ramai dan menyusun perkhidmatan social dtmpat bkenaan. Bliau tdk mmbincangkn mngenai urusan bank tnpa riba beroperasi melalui mekanisme perkonsian untung dan rugi.

Muhammad Baqir al-Sadr. Beliau mengajukan skim perkongsian yang berlainan dengan skim yang telah dibincangkan sebelum itu. Beliau mencadangkan supaya para pendeposit dalam bank islam dibebaskan daripada liability kerugian. Ini adalah kerana bank menurut beliau adalah sebuah institusi perantaraan kewangan yang tidak mengambil bahagian secara langsung dalam pelaburan produktif. Beliau menjustifikasikan jaminan itu dari sudut hokum dan tidak mempedulikan tentang rasionaliti dari sudut ekonomi.


Fasa yang ketiga (dekad 80-an hingga sekarang)

 Dalam fasa ini byak penulisan mengenai perbankan Islam yang telah lengkap, komrehensif dan matang dalam bntuk teori dan pelaksanaannya di dalam operasi dan transaksi institusi2 berkenaan.
 Kajian2 tersebut sama ada dalam bentuk kajian2 di peringkat doctor falsafal, sarjana dan kertas2 persidangan, buku pelbagai bahasa dan jurnal2 yang berkaitan.
 Antaranya karya Waqar Masood Khan iaitu Towards an interest-free Islamic economic system.
 Di Malaysia pula banyak penyelidikan2 di peringkat ijazah tinggi seperti tulisan Prof Joni Tamkin B Burhan iaitu “The doctrine and application of partnership in Islamic commercial law with special refrence to Malaysian Experiments in Islamic banking and finance” dan oleh Ab Mu’min Ghani iaitu Sistem kewangan Islam dan pelaksanaanya di Malaysia.


Keraguan2 berkenaan perbankan islam

Dr Muhammad Muslehuddin . Menolak mudharabah sebagai asas dalam urusan bank islam kerana pendekatannya yg sempit. Alasannya ialah bank islam tidak akan dpat memberikan pendahuluan kepada perniagaan yang telah pun melaburkan modal mereka sendiri kerana ia bertentangan dengan prinsip mudharabah. Satu lg alasan ialah kebimbangan kecurangan pengusaha yang telah mndapat modal dr bnk islam.

M.Umar Chapra telah menjawab persoalan ini bahwa kemungkinan akan dikenakan audit kewangan dan pengurusan untuk mengawal amalan sedemikian. Selain itu firma yang gagal melaporkan keuntungan yang sebenar akan kehilangan peluang utk mndapatkn lbih byak pendahulluan daripada bank islam pada masa akan datang, dan ini akan menjadi penghalang kepada mereka daripada melakukan amalan curang itu.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, moga2 kita sentiasa berada dibawah naungan rahmatNya, insyaallah. Sahabat-sahabat yang dikasihi, dalam kehidupan ini kita tertakluk kepada peraturan-peraturan dan segala ketetapan itu perlulah kita ikuti supaya tidak terkeluar dari apa yang telah disyariatkan oleh Allah swt. Begitu jugalah dalam bermuamalat, sepertimana yang dilaksanakan di negara ini, segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah syarikat @ pertubuhan akan dipantau oleh suatu badan yang dinamakan majlis penasihat syariah. Ia sangat penting supaya kita sebagai pengguna@pelabur dapat memilih apa yang bertepatan dengan kehendak syariah. Jadi secara ringkasnya berikut adalah antara peranan-peranan majlis penasihat syariah di Malaysia.

Majlis Penasihat Syariah merupakan suatu badan yang ditubuhkan selaras dengan penubuhan syarikat kewangan yang berasaskan Islam. Ia dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi yang juga turut pakai didalam bidang syariah. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara mempunyai kedudukan lebih tinggi berbanding dengan jawatankuasa syariah bank-bank perdagangan. Jika terdapat perbezaan keputusan antara Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dengan Jawatankuasa Syariah bank lain, maka keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara adalah terpakai.

I. Sejak sedekad lalu, MPS telah menjalankan fungsi sebagai badan rujukan dan autoriti utama tentang isu pematuhan syariah dalam perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.

II. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara ini secara umumnya berfungsi di dalam memberi fatwa berkaitan dengan perbankan dan takaful Islam, membuat pengawasan pematuhan syariah dan pengauditan. Ini adalah kerana perkembangan semasa industry kewangan Islam menyaksikan inovasi produk kewangan Islam yang semakin kompleks dan pelbagai.

III. Selain itu MPS BNM juga perlu menjalankan kerjasama dan komunikasi dalam kalangan ahli-ahli syariah dan pengamal industry menerusi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan maklumat bersepadu dan berterusan. Ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses pengawasan dan penyeliaan bagi menjamin pematuhan Syariah.

IV. Antara peranan-peranan MPS secara khususnya adalah seperti berikut:

1) Menyenaraikan senarai sekuriti patuh syariah. Senarai patuh syariah ini telah dikeluarkan oleh MPS sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September setiap tahun. Senarai ini sangat penting dalam membantu para pelabur islam dalam mengenal pasti sekuriti yang selaras dengan prinsip Syariah dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka tanpa sebarang keraguan dalam membuat pelaburan.
2) Memberi nasihat tentang Produk-produk Pasaran Modal. Antara tugasannya ialah mengambil 2 pendekatan iaitu yang pertama mereka akan mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal berdasarkan perspektif syariah. Kajian tertumpu pada struktur, mekanisma dan penggunaan instrumen tersebut sama ada terdapat prinsip yang bercanggah dengan prinsip syariah @tidak. Seterusnya pendekatan kedua pula ialah merangka dan membentuk instrumen baru yang berlandaskan syariah.
3) Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful. Antara tugasannya ialah menasihati serta memantau urusan pengendalian dana takaful agar ia dilaburkan dalam instrumen yang diharuskan syariah sahaja. Jadi, jika berlaku sebarang pembayaran kepada peserta yang memerlukan bantuan, duit itu adalah dari sumber yang halal dan bukan berpunca dari pelaburan yang mengandungi unsur riba’.
4) Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi Kewangan ( I-IK). Antara fungsi utama Majlis penasihat syariah juga adalah memberi nasihat kepada institusi-institusi kewangan seperti bank-bank perdagangan yang ingin mengeluarkan sesuatu produk perbankan yang terbaru sama ada ianya mematuhi kehendak syariah atau tidak.
5) Mengesahkan Manual Patuh Syariah. Dalam menyediakan satu sumber rujukan yang tersusun untuk menetukan sama ada sesuatu produk perbankan itu melepasi syarat patuh syariah atau tidak, MPS akan mengesahkan suatu manual yang telah dihasilkan melalui perbincangan antara ahli-ahli majlis penasihat syariah.
Peranan-peranan lain secara ringkasnya adalah seperti berikut:
6) Mengesahkan Dokumen-dokumen yang Berkaitan.
7) Membantu Pihak-pihak Berkenaan dalam Hal-hal Syariah.
8) Memberi nasihat dalam Perkara-perkara yang Dirujukkan kepada Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.
9) Memberi Pandangan Syariah yang Bertulis.
10) Membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia apabila dirujuk untuk mendapat Nasihat.
11) Memberi nasihat tentang Audit Syariah.
12) Memberi nasihat tentang Bayaran Zakat.
Peranan Badan Penasihat Syariah hari ini amat mencabar; pengamalan serta produk kewangan Islam yang sangat rumit hari ini betul-betul mencabar pakar-pakar Syariah untuk membuat keputusan yang betul. Semakin rumit dan canggih produk dan amalan kewangan Islam semakin mencabarlah peranan BPS. Tetapi walau bagaimana mencabar sekalipun peranan-peranan itu, mereka tetap bersedia menanganinya kerana di atas bahu merekalah terletaknya kepatuhan penuh Syariah segala produk, amalan dan perkhidmatan kewangan Islam.

Permulaan cuti yang bermanfaat

Posted by bro_JSE 14 May 2009 2 comments

Sudah hampir sebulan medan penulisan ini dibiarkan tanpa apa-apa berita yang terbaru, alhmdulillah peperiksaan yang telah berlalu mengurangkan sedikit diri ini daripada kesibukan dunia, menelaah ilmu pada saat-saat akhir yang kadang-kadang membuatkan diri ini hampir menjadi gila kerana tidak bersedia sejak dari awal lagi. Mudah-mudahan usaha yang sedikit itu akan diganjarkan oleh Allah setimpal dengan usahanya. Ok, full stop...

Sedar tidak sedar sudah 2 tahun aku belajar di Universiti Malaya, akan tetapi apa yang aku rasekan dengan ilmu yang secetek ini mampukah aku berdepan dengan cabaran dunia pekerjaan diluar sana?? Aku merasakan masa-masa aku yang berlalu banyak terbuang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, walaupun aku selalu menasihatkan adik-adik diluar sana mengenai pengurusan masa, tetapi diri ini sendiri selalu melupakannya kerana itulah Allah telah mengingatkan umat Islam supaya saling memberi peringatan sesama manusia kerana peringatan itu berguna kepada orang-orang yang beriman.

OKieh.... be yourself.... aku adalah aku.... itulah ungkapan yang selalu terngiang2 tatkala diri ini masih lagi dalam keadaan yang teraba2... Adakah apa yang aku lakukan selama ini btul?? Perlukah aku kepada perubahan?? Alhmdulillah, aku masih punya ramai kawan2 yang masih menyayangi diriku walaupun kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan tetapi mereka tidak pernah berputus asa untuk menasihati sahabat mereka ini... Terima Kasih sahabat2ku.....Ok, full stop...

Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah motif sebenarnya ayat2 diatas dinukilkan... hmmm... bg diriku ia hanya sebagai muhasabah kepada diri ini dimana tiada insan yang sempurna di muka bumi ini dan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, dari kesalahan dan kesilapan itulah kita belajar untuk terus memperbaiki diri untuk terus menuju kepada sesuatu yang moga-moga diredhai Allah swt.



Alhamdulillah, permulaan cuti yang agak baik bagiku, 3 hari yang lepas telah berakhir kem akidah dan ibadah di Sek. Men. Felda Palong 7, Negeri Sembilan. Program selama 3 hari tersebut telah banyak memberi gambaran kepadaku mengenai kehidupan di Felda serta tahap pendidikan yang sederhana dan pelbagai masalah sosial yang dilakukan oleh pelajar2 sekolah.... Semoga penyampaian ilmu selama 3 hari tersebut akan dimanfaat oleh mereka disaat mereka diberikan hidayah oleh Allah swt untuk berubah, kerana apa yang mampu kami lakukan sebagai fasilitator hanyalah sekadar menyampaikan ilmu dan bukan untuk mengubah seseorang kerana kudrat untuk mengubah seseorang individu itu hanyalah menerusi hidayah Allah swt... mudah2an sama peroleh manfaat.

Jadi, perancangan cuti ini sebenarnya untuk menjadi guru ganti di SMK Tampin, insyaallah jika diberi keizinan oleh Allah, mggu dpn saya akan memulakan sesi P&P bersama adik2 di sekolah. Cuti ini juga akan saya manfaatkan sebagai enumerator bagi projek zakat pertanian di bwah pengelolaan pensyarah2 di Jabatan Syariah dan Ekonomi(mencari pengalaman). Cuti ini juga akan ku cuba untuk melepaskan diri ini memperoleh lesen kereta sbb dah hampir setahun tak lepas2 nih... hohoho... blaja tinggi2 lesen kereta pon tak lepas lgi... ape laa nk jadi... selain tu, mase cuti sekolah nnti insyaAllah sy akan kendalikan induksi bagi Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UM yang akan dibuat di PD. Ala.. Kulli...hal.. semua itu hanya sekadar perancangan manusia semata-mata, akan tetapi kehendak Allah itulah yang sebaik-baiknya bagi kita sebagai hambanya....

INSYAALLAH....

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments