" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

Peranan Majlis Penasihat Syariah

Posted by bro_JSE 22 May 2009

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, moga2 kita sentiasa berada dibawah naungan rahmatNya, insyaallah. Sahabat-sahabat yang dikasihi, dalam kehidupan ini kita tertakluk kepada peraturan-peraturan dan segala ketetapan itu perlulah kita ikuti supaya tidak terkeluar dari apa yang telah disyariatkan oleh Allah swt. Begitu jugalah dalam bermuamalat, sepertimana yang dilaksanakan di negara ini, segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah syarikat @ pertubuhan akan dipantau oleh suatu badan yang dinamakan majlis penasihat syariah. Ia sangat penting supaya kita sebagai pengguna@pelabur dapat memilih apa yang bertepatan dengan kehendak syariah. Jadi secara ringkasnya berikut adalah antara peranan-peranan majlis penasihat syariah di Malaysia.

Majlis Penasihat Syariah merupakan suatu badan yang ditubuhkan selaras dengan penubuhan syarikat kewangan yang berasaskan Islam. Ia dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi yang juga turut pakai didalam bidang syariah. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara mempunyai kedudukan lebih tinggi berbanding dengan jawatankuasa syariah bank-bank perdagangan. Jika terdapat perbezaan keputusan antara Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dengan Jawatankuasa Syariah bank lain, maka keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara adalah terpakai.

I. Sejak sedekad lalu, MPS telah menjalankan fungsi sebagai badan rujukan dan autoriti utama tentang isu pematuhan syariah dalam perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.

II. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara ini secara umumnya berfungsi di dalam memberi fatwa berkaitan dengan perbankan dan takaful Islam, membuat pengawasan pematuhan syariah dan pengauditan. Ini adalah kerana perkembangan semasa industry kewangan Islam menyaksikan inovasi produk kewangan Islam yang semakin kompleks dan pelbagai.

III. Selain itu MPS BNM juga perlu menjalankan kerjasama dan komunikasi dalam kalangan ahli-ahli syariah dan pengamal industry menerusi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan maklumat bersepadu dan berterusan. Ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses pengawasan dan penyeliaan bagi menjamin pematuhan Syariah.

IV. Antara peranan-peranan MPS secara khususnya adalah seperti berikut:

1) Menyenaraikan senarai sekuriti patuh syariah. Senarai patuh syariah ini telah dikeluarkan oleh MPS sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September setiap tahun. Senarai ini sangat penting dalam membantu para pelabur islam dalam mengenal pasti sekuriti yang selaras dengan prinsip Syariah dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka tanpa sebarang keraguan dalam membuat pelaburan.
2) Memberi nasihat tentang Produk-produk Pasaran Modal. Antara tugasannya ialah mengambil 2 pendekatan iaitu yang pertama mereka akan mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal berdasarkan perspektif syariah. Kajian tertumpu pada struktur, mekanisma dan penggunaan instrumen tersebut sama ada terdapat prinsip yang bercanggah dengan prinsip syariah @tidak. Seterusnya pendekatan kedua pula ialah merangka dan membentuk instrumen baru yang berlandaskan syariah.
3) Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful. Antara tugasannya ialah menasihati serta memantau urusan pengendalian dana takaful agar ia dilaburkan dalam instrumen yang diharuskan syariah sahaja. Jadi, jika berlaku sebarang pembayaran kepada peserta yang memerlukan bantuan, duit itu adalah dari sumber yang halal dan bukan berpunca dari pelaburan yang mengandungi unsur riba’.
4) Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi Kewangan ( I-IK). Antara fungsi utama Majlis penasihat syariah juga adalah memberi nasihat kepada institusi-institusi kewangan seperti bank-bank perdagangan yang ingin mengeluarkan sesuatu produk perbankan yang terbaru sama ada ianya mematuhi kehendak syariah atau tidak.
5) Mengesahkan Manual Patuh Syariah. Dalam menyediakan satu sumber rujukan yang tersusun untuk menetukan sama ada sesuatu produk perbankan itu melepasi syarat patuh syariah atau tidak, MPS akan mengesahkan suatu manual yang telah dihasilkan melalui perbincangan antara ahli-ahli majlis penasihat syariah.
Peranan-peranan lain secara ringkasnya adalah seperti berikut:
6) Mengesahkan Dokumen-dokumen yang Berkaitan.
7) Membantu Pihak-pihak Berkenaan dalam Hal-hal Syariah.
8) Memberi nasihat dalam Perkara-perkara yang Dirujukkan kepada Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.
9) Memberi Pandangan Syariah yang Bertulis.
10) Membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia apabila dirujuk untuk mendapat Nasihat.
11) Memberi nasihat tentang Audit Syariah.
12) Memberi nasihat tentang Bayaran Zakat.
Peranan Badan Penasihat Syariah hari ini amat mencabar; pengamalan serta produk kewangan Islam yang sangat rumit hari ini betul-betul mencabar pakar-pakar Syariah untuk membuat keputusan yang betul. Semakin rumit dan canggih produk dan amalan kewangan Islam semakin mencabarlah peranan BPS. Tetapi walau bagaimana mencabar sekalipun peranan-peranan itu, mereka tetap bersedia menanganinya kerana di atas bahu merekalah terletaknya kepatuhan penuh Syariah segala produk, amalan dan perkhidmatan kewangan Islam.

0 comments

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments