" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)


InsyaAllah, dalam artikel kali ini saya akan menjelaskan secara ringkas mengenai mengenai kad kredit Islam yang mana pada hari ini ramai dikalangan orang Melayu terutamanya sangat rakus dalam melanggan kad kredit untuk memperoleh kemudahan tunai secara hutang daripada bank. Apa yang penting disini ialah mereka seharusnya membebaskan diri mereka daripada berurusan menggunakan instrumen yang diharamkan oleh syarak, oleh yang demikian telah wujud suatu sistem kad kredit yg pada zahirnya bertepatan dengan kehendak syarak walaupun terdapat sedikit isu akan tetapi ianya adalah sebagai suatu alternatif kepada umat Islam dalam bermuamalat. Ia dinamakan sebagai kad kredit Islam atau kad kredit-i.
Takrif kad kredit
Kad kredit berasal daripada perkataan “credo” yang bermaksud saya percaya. Ia juga boleh dimaksudkan dengan kuasa seseorang yang boleh memujuk untuk seketika dengan berjanji akan membayar pada masa hadapan. Dari segi istilah pula kad kredit adalah kad yang menunjukkan keterangan sepertimana tandatangan dan no kod pemegangnya yang membolehkan pemegang ked itu membuat belian secara kredit.
Sejarah awal kad kredit-i
Di Malaysia kad kredit bermula dalam sekitar tahun 1980an. Ianya dipelopori oleh bank asing seperti Standard Chartered Bank. Kemudian ianya diikuti oleh bank-bank lain seperti bank bumiputera, Citibank, Maybank dan lain-lain. Kad kredit Islam (kad kredit-i) yang pertama pula mula diperkenalkan oleh Am Bank Berhad pada tahun 1996. Ia dinamakan kad kredit al-taslif yang bermaksud kontrak penjualan barangan secara pembayaran ansuran. Kad kredit ini juga adalah kad kredit Islam yang pertama diperkenalkan di Asia Tenggara dan dunia amnya.
Operasi kad kredit
Dalam perbankan Islam di Malaysia, operasi kad kredit Islam melibatkan 3 pihak utama iaitu pemegang kad, peruncit dan pengeluar kad. Pemegang kad kredit mestilah individu yang berumur antara 21 hingga 60 tahun dengan pendapatan minimum RM18,000 setahun bagi pemegang (classic), RM48 ribu setahun bagi pemegang (Gold), dan sebagainya.pemegang kad kredit akan memperoleh kemudahan kredit iaitu penangguhan bayaran kepada perkhidmatan dan barangan yang dibeli, di samping mereka juga memperolehi kemudahan kad sebagai alternative pembayaran selain dari tunai dan cek. Pihak kedua pula ialah peruncit atau saudagar iaitu pihak yang menerima pembayaran bagi barangan atau perkhidmatan yang dijual melalui kad kredit. Pihak ketiga pula ialah pengeluar kad kredit iaitu syarikat atau bank dimana mereka memperolah keuntungan melalui caj perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Prinsip syariah yang terlibat dalam operasi kad kredit Islam.
1) Bai al-Inah dan al-Wadiah
Pada mulanya pelanggan akan memohon kepada bank kemudian bank akan menjual asetnya kepada pelanggan secara bertangguh dengan harga RM7000 dalam satu tempoh masa yang dipersetujui. Setelah memiliki aset, pelanggan akan menjual semula aset tersebut dengan harga yang lebih rendah iaitu sebanyak RM5000 secara tunai kepada pihak bank. Oleh kerana pelanggan memohon untuk menggunakan kad kredit, bank akan membuat pembayaran melalui akaun khas berasaskan prinsip wadiah dengan memberikan kad kredit kepada pelanggan bersandarkan jumlah dalam akaun khas tersebut. Apabila pelanggan menggunakan kad kredit untuk melakukan transaksi, pihak bank akan menggunakan wang di dalam akaun khas untuk membuat pembayaran terhadap transaksi tersebut.
2) Al Hiwalah
Prinsip hiwalah digunakan apabila pembelian barang dilakukan dimana pelanggan memindahkan beban hutang kepada pembeliannya kepada bank. Ia berlaku apabila peruncit menyediakan barang kepada pelanggan dan pihak pelanggan membeli barang tersebut dengan menggunakan kad kredit. Secara langsungnya disini, pelanggan telah memindahkan beban hutang kepada pihak bank. Pihak bank akan membuat bayaran kepada pihak pelanggan dan apabila pembayaran dibuat, maka pelanggan secara rasminya tidak berhutang dengan peruncit tetapi berhutang dengan pihak bank.
3) Al-Ijarah
Prinsip ini diaplikasikan oleh pihak bank ketika hendak mengeluarkan kad kredit Islam. Untuk mengeluarkan kad kredit menggunakan jenama VISA, Master Card dan sebagainya, bank perlu menyewa jenama tersebut daripada syarikat pemilik.
4) Qard al-Hasan
Setiap kad kredit mempunyai jumlah had masing-masing seperti yang telah diterangkan di atas. Adakalanya, pelanggan memerlukan jumlah yang lebih daripada had tersebut. Maka pihak bank akan menambahkan had jumlah yang ditetapkan melalui prinsip qard al-hasan dimana pelanggan tidak akan dikenakan sebarang margin keuntungan daripada pihak bank.
Perbezaan kad kredit konvensional dan kad kredit Islam
1) Kad kredit islam berlandaskan prinsip-prinsip syariah manakala kad kredit konvensional pula tidak meletakkan sebarang bentuk asas penciptaan.
2) Bagi pemegang kad kredit Islam kadar caj yang dikenakan adalah sangat rendah dipasaran dimana caj tersebut tidak akan dinaikkan walaupun pemegang kad kredit tidak melunaskan baki minimum bulanan. Akan tetapi pemegang kad kredit konvensional akan megalami caj yang agak tinggi dan akan dikenakan caj yang berganda sekiranya pemegang kad lambat membuat pembayaran.
3) Kad kredit Islam hanya beroperasi pada tempat2 yang dibenarkan oleh syarak sahaja, dimana system akan menghalang melalui kad apabila pemegang kad berbelanja pada tempat yang diharamkan syarak. Akan tetapi kad kredit konvensional pula boleh beroperasi dimana2 saja.
4) Faedah penggunaan kad kredit Islam dimana lebihan bonus boleh disalurkan ke rumah2 kebajikan disamping pemegang kad juga boleh membayar zakat melalui kad kredit. Akan tetapi kad kredit konvensional hanya bersifat material semata2.
5) Pemegang kad kredit Islam akan memperoleh takaful keluarga berkelompok secara percuma dan wang khairat kematian senyak RM 1000 akan tetapi pemegang kad kredit konvensional tidak memperolehinya.
Isu-isu syariah dalam kad kredit Islam
1) Ganti rugi (ta’widh) kad kredit
bagi pemegang kad kredit Islam, gantirugi akan dikenakan atas baki bulanan yang tertunggak iaitu 1 % sebulan atas ansuran tertunggak atau RM5 yang mana lebih tinggi. Caj melebihi RM 12 tidk diiktiraf pendapatan dan jumlah gantirugi maksimum adalah RM50. Perbezaan gantirugi ini dengan penalty konvensional dalam kad kredit konvensional ialah tiada unsure riba dan jumlah ganti rugi tidak boleh melebihi pembiayaan. Sementara itu gantirugi juga tidak boleh dikompaunkan.
2) Yuran penyertaan, pembaharuan dan penukaran kad
Keputusan majma’ fiqh (OIC) menyatakan harus bagi pengeluar untuk mengenakan yuran kerana ia dianggap sebagai upah di atas khidmat yang disediakan dengan syarat jumlah yuran mestilah setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Jika tidak ia dianggap sebagai riba.
3) Hadiah dan jaminan Khas bagi pemegang kad EMAS (Gold Card)
Umumnya hadiah disediakan bertujuan untuk menarik orang untuk menyertai skim kad kredit. Ia diluluskan atas dasar sumbangan dan galakan asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat yang berunsur riba dan hadiah tersebut mestilah barang yang dibenarkan oleh syara’. Bagaimanapun ulama mazhab syafie tidak mengharuskannya atas dasar “sad az-zarai” iaitu menutup pintu keburukan.

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments