InsyaAllah, dalam artikel kali ini saya akan menjelaskan secara ringkas mengenai mengenai kad kredit Islam yang mana pada hari ini ramai dikalangan orang Melayu terutamanya sangat rakus dalam melanggan kad kredit untuk memperoleh kemudahan tunai secara hutang daripada bank. Apa yang penting disini ialah mereka seharusnya membebaskan diri mereka daripada berurusan menggunakan instrumen yang diharamkan oleh syarak, oleh yang demikian telah wujud suatu sistem kad kredit yg pada zahirnya bertepatan dengan kehendak syarak walaupun terdapat sedikit isu akan tetapi ianya adalah sebagai suatu alternatif kepada umat Islam dalam bermuamalat. Ia dinamakan sebagai kad kredit Islam atau kad kredit-i.
Takrif kad kredit
Kad kredit berasal daripada perkataan “credo” yang bermaksud saya percaya. Ia juga boleh dimaksudkan dengan kuasa seseorang yang boleh memujuk untuk seketika dengan berjanji akan membayar pada masa hadapan. Dari segi istilah pula kad kredit adalah kad yang menunjukkan keterangan sepertimana tandatangan dan no kod pemegangnya yang membolehkan pemegang ked itu membuat belian secara kredit.
Sejarah awal kad kredit-i
Di Malaysia kad kredit bermula dalam sekitar tahun 1980an. Ianya dipelopori oleh bank asing seperti Standard Chartered Bank. Kemudian ianya diikuti oleh bank-bank lain seperti bank bumiputera, Citibank, Maybank dan lain-lain. Kad kredit Islam (kad kredit-i) yang pertama pula mula diperkenalkan oleh Am Bank Berhad pada tahun 1996. Ia dinamakan kad kredit al-taslif yang bermaksud kontrak penjualan barangan secara pembayaran ansuran. Kad kredit ini juga adalah kad kredit Islam yang pertama diperkenalkan di Asia Tenggara dan dunia amnya.
Operasi kad kredit
Dalam perbankan Islam di Malaysia, operasi kad kredit Islam melibatkan 3 pihak utama iaitu pemegang kad, peruncit dan pengeluar kad. Pemegang kad kredit mestilah individu yang berumur antara 21 hingga 60 tahun dengan pendapatan minimum RM18,000 setahun bagi pemegang (classic), RM48 ribu setahun bagi pemegang (Gold), dan sebagainya.pemegang kad kredit akan memperoleh kemudahan kredit iaitu penangguhan bayaran kepada perkhidmatan dan barangan yang dibeli, di samping mereka juga memperolehi kemudahan kad sebagai alternative pembayaran selain dari tunai dan cek. Pihak kedua pula ialah peruncit atau saudagar iaitu pihak yang menerima pembayaran bagi barangan atau perkhidmatan yang dijual melalui kad kredit. Pihak ketiga pula ialah pengeluar kad kredit iaitu syarikat atau bank dimana mereka memperolah keuntungan melalui caj perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Prinsip syariah yang terlibat dalam operasi kad kredit Islam.
1) Bai al-Inah dan al-Wadiah
Pada mulanya pelanggan akan memohon kepada bank kemudian bank akan menjual asetnya kepada pelanggan secara bertangguh dengan harga RM7000 dalam satu tempoh masa yang dipersetujui. Setelah memiliki aset, pelanggan akan menjual semula aset tersebut dengan harga yang lebih rendah iaitu sebanyak RM5000 secara tunai kepada pihak bank. Oleh kerana pelanggan memohon untuk menggunakan kad kredit, bank akan membuat pembayaran melalui akaun khas berasaskan prinsip wadiah dengan memberikan kad kredit kepada pelanggan bersandarkan jumlah dalam akaun khas tersebut. Apabila pelanggan menggunakan kad kredit untuk melakukan transaksi, pihak bank akan menggunakan wang di dalam akaun khas untuk membuat pembayaran terhadap transaksi tersebut.
2) Al Hiwalah
Prinsip hiwalah digunakan apabila pembelian barang dilakukan dimana pelanggan memindahkan beban hutang kepada pembeliannya kepada bank. Ia berlaku apabila peruncit menyediakan barang kepada pelanggan dan pihak pelanggan membeli barang tersebut dengan menggunakan kad kredit. Secara langsungnya disini, pelanggan telah memindahkan beban hutang kepada pihak bank. Pihak bank akan membuat bayaran kepada pihak pelanggan dan apabila pembayaran dibuat, maka pelanggan secara rasminya tidak berhutang dengan peruncit tetapi berhutang dengan pihak bank.
3) Al-Ijarah
Prinsip ini diaplikasikan oleh pihak bank ketika hendak mengeluarkan kad kredit Islam. Untuk mengeluarkan kad kredit menggunakan jenama VISA, Master Card dan sebagainya, bank perlu menyewa jenama tersebut daripada syarikat pemilik.
4) Qard al-Hasan
Setiap kad kredit mempunyai jumlah had masing-masing seperti yang telah diterangkan di atas. Adakalanya, pelanggan memerlukan jumlah yang lebih daripada had tersebut. Maka pihak bank akan menambahkan had jumlah yang ditetapkan melalui prinsip qard al-hasan dimana pelanggan tidak akan dikenakan sebarang margin keuntungan daripada pihak bank.
Perbezaan kad kredit konvensional dan kad kredit Islam
1) Kad kredit islam berlandaskan prinsip-prinsip syariah manakala kad kredit konvensional pula tidak meletakkan sebarang bentuk asas penciptaan.
2) Bagi pemegang kad kredit Islam kadar caj yang dikenakan adalah sangat rendah dipasaran dimana caj tersebut tidak akan dinaikkan walaupun pemegang kad kredit tidak melunaskan baki minimum bulanan. Akan tetapi pemegang kad kredit konvensional akan megalami caj yang agak tinggi dan akan dikenakan caj yang berganda sekiranya pemegang kad lambat membuat pembayaran.
3) Kad kredit Islam hanya beroperasi pada tempat2 yang dibenarkan oleh syarak sahaja, dimana system akan menghalang melalui kad apabila pemegang kad berbelanja pada tempat yang diharamkan syarak. Akan tetapi kad kredit konvensional pula boleh beroperasi dimana2 saja.
4) Faedah penggunaan kad kredit Islam dimana lebihan bonus boleh disalurkan ke rumah2 kebajikan disamping pemegang kad juga boleh membayar zakat melalui kad kredit. Akan tetapi kad kredit konvensional hanya bersifat material semata2.
5) Pemegang kad kredit Islam akan memperoleh takaful keluarga berkelompok secara percuma dan wang khairat kematian senyak RM 1000 akan tetapi pemegang kad kredit konvensional tidak memperolehinya.
Isu-isu syariah dalam kad kredit Islam
1) Ganti rugi (ta’widh) kad kredit
bagi pemegang kad kredit Islam, gantirugi akan dikenakan atas baki bulanan yang tertunggak iaitu 1 % sebulan atas ansuran tertunggak atau RM5 yang mana lebih tinggi. Caj melebihi RM 12 tidk diiktiraf pendapatan dan jumlah gantirugi maksimum adalah RM50. Perbezaan gantirugi ini dengan penalty konvensional dalam kad kredit konvensional ialah tiada unsure riba dan jumlah ganti rugi tidak boleh melebihi pembiayaan. Sementara itu gantirugi juga tidak boleh dikompaunkan.
2) Yuran penyertaan, pembaharuan dan penukaran kad
Keputusan majma’ fiqh (OIC) menyatakan harus bagi pengeluar untuk mengenakan yuran kerana ia dianggap sebagai upah di atas khidmat yang disediakan dengan syarat jumlah yuran mestilah setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Jika tidak ia dianggap sebagai riba.
3) Hadiah dan jaminan Khas bagi pemegang kad EMAS (Gold Card)
Umumnya hadiah disediakan bertujuan untuk menarik orang untuk menyertai skim kad kredit. Ia diluluskan atas dasar sumbangan dan galakan asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat yang berunsur riba dan hadiah tersebut mestilah barang yang dibenarkan oleh syara’. Bagaimanapun ulama mazhab syafie tidak mengharuskannya atas dasar “sad az-zarai” iaitu menutup pintu keburukan.
Dalam kesibukan kita mencari rezeki dan mengejar kehidupan dunia, tidak seharusnya bagi kita untuk terus leka dengan nikmat kesenangan yang telah Allah berikan itu. Ketibaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan tidak lama lagi seharusnya bagi kita untuk melakukan persediaan sama ada dari segi persediaan jasad dan rohani, persediaan dari segi material dan yang paling penting ialah persediaan dari segi ilmu itu sendiri. Jadi, untuk posting kali ini sebagai persiapan ilmu sebelum menghadapi Ramadhan saya akan bawakan pesanan daripada Dr Ahmad Abu Halabiah iaitu ahli majlis tertinggi fatwa Palestine bahawa terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Antara adab-adab tersebut adalah:
Pertama:
Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.”
Kedua:
Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagaimana firman-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]
Ketiga:
Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan.
Keempat:
Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.
Kelima:
Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. [al-Tahrim 66:06]
Selain itu saya menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:
1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
8. Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.
Perbankan Islam didefinisikan sebagai urusan perbankan yang bebas daripada amalan riba dan berasaskan kepada prinsip-prinsip muamalah Islam. Matlamat utamanya adalah untuk menghapuskan riba daripada semua transaksinya dengan menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perhidmatan alternative yang bersaing secara sihat dengan institusi-institusi perbankan konvensional. Berikut adalah perkembangan-perkembangan pemikiran perbankan Islam yang telah diperkembangkan oleh para fuqaha’ dan sarjana ekonomi Islam semenjak dekad 40-an lagi dan menjadi asas kepada penubuhan dan pelaksanaan perbankan Islam dalam bentuk institusi yang moden.
Perkembangan pemikiran dalam perbankan islam telah dibahagikan kepada tiga fasa iaitu penulisan dalam dekad 40-an, 60-an hingga 70-an dan 80-an hingga sekarang.
Fasa yang pertama (dekad 40-an)
Anwar Iqbal Qurashi . Penyusunan semula urusan bank dan kewangan yang berasaskan perkongsian untung bukan bunga terdapat dalam penulisan. Beliau telah membincangkan mengenai hal ini dalam keadaan yang sangat ringkas dan berasaskan kepada mudharabah yang tidak betul.
Naim Siddiqi . Menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai hubungan penyimpan bank dengan bank peniaga secara berasingan dan mengesyorkna supaya simpanan jangka panjang diberikan bahagian keuntungan yang lebih besar berbanding dengan simpanan jangka pendek . beliau juga tersalah anggap maksud sebenar mudharabah.
Sheikh Mahmud Ahmad . Mengemukakan cadangannya yang berasaskan kepada perkongsian tetapi tidak jelas membezakan antara mudharabah dan musyarakah. Menurut beliau, bank berkongsi keuntungan dengan peminjam dan berkongsi keuntungan dengan para pendeposit tetap dan pemilik saham.
Dr. Muhammad Uzair . Beliau telah menulis mengenai sistem perkongsian untung rugi dalam urusan bank Islam. Beliau telah mengasaskan hubungan penyimpan-bank dan bank usahawan kepada mudharabah yang didefinisikan den gan betul.
Sheikh Ahmad Irsyad. Membincangkan perkara yang sama dengan Dr Uzair ttp telah tersalah anggap tentang konsep mudharabah kerana konsep perkongsian menurut beliau ialah berkongsi keuntungan dan kerugian oleh usahawan.
Fasa yang kedua (dekad 60-an hingga 70-an)
Abd Hadi Ghanameh. Membincangkan bagaimana sistem perkongsian dalam sistem urusan bank Islam tanpa riba itu beroperasi. Beliau mencadangkan supaya penggunaan saham biasa untuk pembiayaan jangka panjang dan penggunaan dana bersama untuk pembiayaan jangka pendek dalam ekonomi tanpa riba. Walaubagaimanapun beliau belum menemui bagaimana institusi perbankan dapat beroperasi tanpa menggunakan mekanisma riba.
Ahmad al-Najjar. Telah mencadangkan skim dimana bank adalah sebuah institusi yang dibentuk untuk menggalakkn tabungan supaya ia dapat digunakan dengan berfaedah dalam sector luar bndar dengan akad perkongsian. Bank mempunyai tabung perkhidmtan social yg mnarik sumbangan zakat daripada orang ramai dan menyusun perkhidmatan social dtmpat bkenaan. Bliau tdk mmbincangkn mngenai urusan bank tnpa riba beroperasi melalui mekanisme perkonsian untung dan rugi.
Muhammad Baqir al-Sadr. Beliau mengajukan skim perkongsian yang berlainan dengan skim yang telah dibincangkan sebelum itu. Beliau mencadangkan supaya para pendeposit dalam bank islam dibebaskan daripada liability kerugian. Ini adalah kerana bank menurut beliau adalah sebuah institusi perantaraan kewangan yang tidak mengambil bahagian secara langsung dalam pelaburan produktif. Beliau menjustifikasikan jaminan itu dari sudut hokum dan tidak mempedulikan tentang rasionaliti dari sudut ekonomi.
Fasa yang ketiga (dekad 80-an hingga sekarang)
Dalam fasa ini byak penulisan mengenai perbankan Islam yang telah lengkap, komrehensif dan matang dalam bntuk teori dan pelaksanaannya di dalam operasi dan transaksi institusi2 berkenaan.
Kajian2 tersebut sama ada dalam bentuk kajian2 di peringkat doctor falsafal, sarjana dan kertas2 persidangan, buku pelbagai bahasa dan jurnal2 yang berkaitan.
Antaranya karya Waqar Masood Khan iaitu Towards an interest-free Islamic economic system.
Di Malaysia pula banyak penyelidikan2 di peringkat ijazah tinggi seperti tulisan Prof Joni Tamkin B Burhan iaitu “The doctrine and application of partnership in Islamic commercial law with special refrence to Malaysian Experiments in Islamic banking and finance” dan oleh Ab Mu’min Ghani iaitu Sistem kewangan Islam dan pelaksanaanya di Malaysia.
Keraguan2 berkenaan perbankan islam
Dr Muhammad Muslehuddin . Menolak mudharabah sebagai asas dalam urusan bank islam kerana pendekatannya yg sempit. Alasannya ialah bank islam tidak akan dpat memberikan pendahuluan kepada perniagaan yang telah pun melaburkan modal mereka sendiri kerana ia bertentangan dengan prinsip mudharabah. Satu lg alasan ialah kebimbangan kecurangan pengusaha yang telah mndapat modal dr bnk islam.
M.Umar Chapra telah menjawab persoalan ini bahwa kemungkinan akan dikenakan audit kewangan dan pengurusan untuk mengawal amalan sedemikian. Selain itu firma yang gagal melaporkan keuntungan yang sebenar akan kehilangan peluang utk mndapatkn lbih byak pendahulluan daripada bank islam pada masa akan datang, dan ini akan menjadi penghalang kepada mereka daripada melakukan amalan curang itu.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, moga2 kita sentiasa berada dibawah naungan rahmatNya, insyaallah. Sahabat-sahabat yang dikasihi, dalam kehidupan ini kita tertakluk kepada peraturan-peraturan dan segala ketetapan itu perlulah kita ikuti supaya tidak terkeluar dari apa yang telah disyariatkan oleh Allah swt. Begitu jugalah dalam bermuamalat, sepertimana yang dilaksanakan di negara ini, segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah syarikat @ pertubuhan akan dipantau oleh suatu badan yang dinamakan majlis penasihat syariah. Ia sangat penting supaya kita sebagai pengguna@pelabur dapat memilih apa yang bertepatan dengan kehendak syariah. Jadi secara ringkasnya berikut adalah antara peranan-peranan majlis penasihat syariah di Malaysia.
Majlis Penasihat Syariah merupakan suatu badan yang ditubuhkan selaras dengan penubuhan syarikat kewangan yang berasaskan Islam. Ia dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi yang juga turut pakai didalam bidang syariah. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara mempunyai kedudukan lebih tinggi berbanding dengan jawatankuasa syariah bank-bank perdagangan. Jika terdapat perbezaan keputusan antara Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dengan Jawatankuasa Syariah bank lain, maka keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara adalah terpakai.
I. Sejak sedekad lalu, MPS telah menjalankan fungsi sebagai badan rujukan dan autoriti utama tentang isu pematuhan syariah dalam perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.
II. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara ini secara umumnya berfungsi di dalam memberi fatwa berkaitan dengan perbankan dan takaful Islam, membuat pengawasan pematuhan syariah dan pengauditan. Ini adalah kerana perkembangan semasa industry kewangan Islam menyaksikan inovasi produk kewangan Islam yang semakin kompleks dan pelbagai.
III. Selain itu MPS BNM juga perlu menjalankan kerjasama dan komunikasi dalam kalangan ahli-ahli syariah dan pengamal industry menerusi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan maklumat bersepadu dan berterusan. Ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses pengawasan dan penyeliaan bagi menjamin pematuhan Syariah.
IV. Antara peranan-peranan MPS secara khususnya adalah seperti berikut:
1) Menyenaraikan senarai sekuriti patuh syariah. Senarai patuh syariah ini telah dikeluarkan oleh MPS sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September setiap tahun. Senarai ini sangat penting dalam membantu para pelabur islam dalam mengenal pasti sekuriti yang selaras dengan prinsip Syariah dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka tanpa sebarang keraguan dalam membuat pelaburan.
2) Memberi nasihat tentang Produk-produk Pasaran Modal. Antara tugasannya ialah mengambil 2 pendekatan iaitu yang pertama mereka akan mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal berdasarkan perspektif syariah. Kajian tertumpu pada struktur, mekanisma dan penggunaan instrumen tersebut sama ada terdapat prinsip yang bercanggah dengan prinsip syariah @tidak. Seterusnya pendekatan kedua pula ialah merangka dan membentuk instrumen baru yang berlandaskan syariah.
3) Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful. Antara tugasannya ialah menasihati serta memantau urusan pengendalian dana takaful agar ia dilaburkan dalam instrumen yang diharuskan syariah sahaja. Jadi, jika berlaku sebarang pembayaran kepada peserta yang memerlukan bantuan, duit itu adalah dari sumber yang halal dan bukan berpunca dari pelaburan yang mengandungi unsur riba’.
4) Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi Kewangan ( I-IK). Antara fungsi utama Majlis penasihat syariah juga adalah memberi nasihat kepada institusi-institusi kewangan seperti bank-bank perdagangan yang ingin mengeluarkan sesuatu produk perbankan yang terbaru sama ada ianya mematuhi kehendak syariah atau tidak.
5) Mengesahkan Manual Patuh Syariah. Dalam menyediakan satu sumber rujukan yang tersusun untuk menetukan sama ada sesuatu produk perbankan itu melepasi syarat patuh syariah atau tidak, MPS akan mengesahkan suatu manual yang telah dihasilkan melalui perbincangan antara ahli-ahli majlis penasihat syariah.
Peranan-peranan lain secara ringkasnya adalah seperti berikut:
6) Mengesahkan Dokumen-dokumen yang Berkaitan.
7) Membantu Pihak-pihak Berkenaan dalam Hal-hal Syariah.
8) Memberi nasihat dalam Perkara-perkara yang Dirujukkan kepada Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.
9) Memberi Pandangan Syariah yang Bertulis.
10) Membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia apabila dirujuk untuk mendapat Nasihat.
11) Memberi nasihat tentang Audit Syariah.
12) Memberi nasihat tentang Bayaran Zakat.
Peranan Badan Penasihat Syariah hari ini amat mencabar; pengamalan serta produk kewangan Islam yang sangat rumit hari ini betul-betul mencabar pakar-pakar Syariah untuk membuat keputusan yang betul. Semakin rumit dan canggih produk dan amalan kewangan Islam semakin mencabarlah peranan BPS. Tetapi walau bagaimana mencabar sekalipun peranan-peranan itu, mereka tetap bersedia menanganinya kerana di atas bahu merekalah terletaknya kepatuhan penuh Syariah segala produk, amalan dan perkhidmatan kewangan Islam.
Sudah hampir sebulan medan penulisan ini dibiarkan tanpa apa-apa berita yang terbaru, alhmdulillah peperiksaan yang telah berlalu mengurangkan sedikit diri ini daripada kesibukan dunia, menelaah ilmu pada saat-saat akhir yang kadang-kadang membuatkan diri ini hampir menjadi gila kerana tidak bersedia sejak dari awal lagi. Mudah-mudahan usaha yang sedikit itu akan diganjarkan oleh Allah setimpal dengan usahanya. Ok, full stop...
Sedar tidak sedar sudah 2 tahun aku belajar di Universiti Malaya, akan tetapi apa yang aku rasekan dengan ilmu yang secetek ini mampukah aku berdepan dengan cabaran dunia pekerjaan diluar sana?? Aku merasakan masa-masa aku yang berlalu banyak terbuang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, walaupun aku selalu menasihatkan adik-adik diluar sana mengenai pengurusan masa, tetapi diri ini sendiri selalu melupakannya kerana itulah Allah telah mengingatkan umat Islam supaya saling memberi peringatan sesama manusia kerana peringatan itu berguna kepada orang-orang yang beriman.
OKieh.... be yourself.... aku adalah aku.... itulah ungkapan yang selalu terngiang2 tatkala diri ini masih lagi dalam keadaan yang teraba2... Adakah apa yang aku lakukan selama ini btul?? Perlukah aku kepada perubahan?? Alhmdulillah, aku masih punya ramai kawan2 yang masih menyayangi diriku walaupun kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan tetapi mereka tidak pernah berputus asa untuk menasihati sahabat mereka ini... Terima Kasih sahabat2ku.....Ok, full stop...
Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah motif sebenarnya ayat2 diatas dinukilkan... hmmm... bg diriku ia hanya sebagai muhasabah kepada diri ini dimana tiada insan yang sempurna di muka bumi ini dan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, dari kesalahan dan kesilapan itulah kita belajar untuk terus memperbaiki diri untuk terus menuju kepada sesuatu yang moga-moga diredhai Allah swt.
Alhamdulillah, permulaan cuti yang agak baik bagiku, 3 hari yang lepas telah berakhir kem akidah dan ibadah di Sek. Men. Felda Palong 7, Negeri Sembilan. Program selama 3 hari tersebut telah banyak memberi gambaran kepadaku mengenai kehidupan di Felda serta tahap pendidikan yang sederhana dan pelbagai masalah sosial yang dilakukan oleh pelajar2 sekolah.... Semoga penyampaian ilmu selama 3 hari tersebut akan dimanfaat oleh mereka disaat mereka diberikan hidayah oleh Allah swt untuk berubah, kerana apa yang mampu kami lakukan sebagai fasilitator hanyalah sekadar menyampaikan ilmu dan bukan untuk mengubah seseorang kerana kudrat untuk mengubah seseorang individu itu hanyalah menerusi hidayah Allah swt... mudah2an sama peroleh manfaat.
Jadi, perancangan cuti ini sebenarnya untuk menjadi guru ganti di SMK Tampin, insyaallah jika diberi keizinan oleh Allah, mggu dpn saya akan memulakan sesi P&P bersama adik2 di sekolah. Cuti ini juga akan saya manfaatkan sebagai enumerator bagi projek zakat pertanian di bwah pengelolaan pensyarah2 di Jabatan Syariah dan Ekonomi(mencari pengalaman). Cuti ini juga akan ku cuba untuk melepaskan diri ini memperoleh lesen kereta sbb dah hampir setahun tak lepas2 nih... hohoho... blaja tinggi2 lesen kereta pon tak lepas lgi... ape laa nk jadi... selain tu, mase cuti sekolah nnti insyaAllah sy akan kendalikan induksi bagi Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UM yang akan dibuat di PD. Ala.. Kulli...hal.. semua itu hanya sekadar perancangan manusia semata-mata, akan tetapi kehendak Allah itulah yang sebaik-baiknya bagi kita sebagai hambanya....
INSYAALLAH....
Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari. Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah yang amat baik sekiranya berlaku dalam suasana yang sihat. Sebaliknya, perlumbaan juga boleh menjadi punca tekanan dalam diri pelajar sekiranya tidak menghadapinya dengan betul.
Tekanan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya, yang paling penting adalah cara belajar seseorang itu. Pelajar yang melakukan persediaan awal akan lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan. Kelalaian yang berlaku di awal musim pengajian boleh menjadi punca berlakunya tekanan bagi kebanyakan pelajar. Justeru, pengurusan masa yang efektif amat penting terutama dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum menjelang hari peperiksaan.
Begitu juga tekanan boleh berlaku disebabkan suasana persekitaran tempat belajar yang tidak kondusif. Bayangkan anda berada dalam linkungan masyarakat yang pelajar yang tidak mampu bekerjasama meskipun sama-sama inginkan kejayaan dalam peperiksaan yang mendatang.
Selain itu, tekanan daripada harapan kedua orang tua untuk melihat kejayaan anaknya juga kadang-kadang boleh menjadi penyumbang. Harapan sebegini jika dilihat dari sudut yang positif, sebenarnya boleh menjadi suatu bentuk motivasi yang cukup kuat. Namun jika ia dianggap sebagai suatu bentuk tekanan akan menyebabkan pelajar mudah stres sehingga mewujudkan keserabutan dalam pemikiran pelajar. Dalam keadaan ini , seorang individu itu berkemungkinan melakukan tindakan yang luarbiasa dan yang paling menakutkan- bunuh diri.
Menghadapi tekanan peperiksaan atau perlumbaan menuntut kepada spiritual dan mental yang jitu. Spiritual dan mental yang lemah akan menyebabkan pelajar mudah mengaku kalah sebelum berjuang- putus asa. Kekuatan mental lahir dari sikap dan pemikiran yang optimis serta stabil dalam berusaha mencapai matlamat yang diinginkan.
Manakala kekuatan spiritual pula, bagi status kita sebagai pelajar muslim lahir dari hubungan kita dengan Yang Esa. Justeru, Perbanyakkanlah berzikir, tadabbur al-Quran dan merenung keindahan pada penciptaan alam sebagai salah satu cara mencari ketenangan jiwa. Sentiasalah berbaik sangka dengan keadilan Allah azzawajalla. Namun, sekiranya kita masih tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana ada hikmah yang lebih berharga. Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada Allah (swt) dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.
Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan kita bersama-sama redha dari Yang Esa.
Perhatian kepada semua pembaca blog, anda semua dijemput beramai-ramai untuk sama-sama kita mengimarahkan lagi program solat hajat dan ceramah motivasi anjuran balai Islam kolej kediaman kelapan, Universiti Malaya.
Awwalan, sebanyak-banyak kemaafan ku pohon kepada rakan-rakan sekalian di atas kesepian blog ini dalam penyampaian dakwah dan peringatan kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian tidak kiralah sama ada kita ini dari golongan yang kaya atau miskin, dari kelompok yang berpengaruh atau orang awam, dari golongan yang berpendidikan atau golongan kurang pendidikan, sesungguhnya peringatan itu sangat berguna kepada orang-orang yang beriman sebagaimana yang kita maklum sepertimana yang telah disebutkan oleh Allah di dalam Al- Quran. Bagi posting kali ini, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian untuk kita menyoroti pemikiran ahli falsafah Islam yang terkenal iaitu Ibn Khaldun dalam pemikirannya mengenai ekonomi.
LATAR BELAKANG IBNU KHALDUN
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba da pertama kali digunakan oleh Pythogoras (570-504 sebelum masihi (S.M)).Pythogoras ialah seorang ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 S.M. Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “Philo’’ yang bermaksud “Cinta’’ dan “Sophia’’ yang bermaksud “kebijaksanaan’’.Oleh itu falsafah boleh diertikan sebagai “cinta’’ dan “kebenaran’’. Namun takrif ilmu falsafah seharusnya lebih terperinci daripada pengertian yang bergitu luas dan longgar itu. Antara ahli falsafah terkemuka Islam adalah Ibnu Khaldun.
Nama penuhnya adalah Abdul Rahman Abu Zaid Waliyu ad-Din ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir. Nama Abu Zaid di ambil dari nama ayahnya, karena kebiasaan bangsa Arab jika tidak mengetahui nama asli yang sebenarnya maka akan memanggil dengan nama ayahnya. Sedangkan Waliyu ad-Din adalah sebuah gelar setelah beliau menjabat sebagai hakim di Mesir. Dan nama Ibnu Khaldun diambil dari nama kakeknya yaitu Khalid bin 'Utsman.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden.
Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "theCruel of Castile.
Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.
Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal. Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan.
Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.
Tambahan lagi, Ibnu Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.
Ibnu Khaldun juga telah mejalankan analisis yang mendalam tentang teori ekonomi. Beliau menjalankan kesemua kajian beliau tentang teori ekonomi berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibnu Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti ekonomi yang mereka jalankan setiap hari tetapi beliau telah menganggap manusia sebagai manusia islam ( Islam man/Homo Islamicus) yang memerlukan pengetauhan dan pembelajaran ilmu tentang ekonomi untuk memenuhi atau menjalankan misinya diatas muka bumi ini.
Oleh itu, beliau menekankan bahawa manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya manusia seharusnya dan wajib mengikuti ajaran islam. Selain itu juga, beliau menekankan manusia perlu menjadikan Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
PEMIKIRAN EKONOMI IBN KHALDUN
1)Manusia dan Ekonomi
Berdasarkan analisis yang mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal).
Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
2)Teori Pengeluaran
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktorfaktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran.
Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.
3)Teori Nilai, Wang dan Harga
Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.
4)Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.
Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian.
Pencapaian matlamat tersebut merupakan prasyarat kepada kemampuan negara menjana pembangunan ekonomi. Contoh yang jelas tentang pendekatan tersebut dapat kita rujuk kepada ulasan beliau berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menggubal dasar pencukaian negara. Pendekatan yang beliau kemukakan jelas memberi satu gambaran bahawa kedua-dua sektor awam dan swasta sangat penting berperanan dalam memajukan ekonomi negara. Yang lebih menarik beliau meletakkan peranan yang besar kepada sector swasta.
Beliau dalam bukunya yang paling terkemuka, Mukadimah Ibn Khaldun ada menyarankan pandangan dan pendekatan beliau tentang dasar cukai dengan maksud seperti berikut: “Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya mengusahakan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya mengusahakan itu meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dantaksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat.”
Dalam buku tersebut beliau juga ada membuat penganalisaan berikut: “Setiap kewajipan terhadap individu dan taksiran ditingkatkan, demi mendapat kutipan hasil cukai (jibayah) yang lebih tinggi. Cukai kastam dikenakan terhadap barang-barang dagangan dan dikutip dipintu-pintu kota. Kemudian, jumlah taksiran cukai dipertingkatkan dikenakan lepas satu kepada satu yang lainnya, sejajar dengan peningkatan budaya hidup mewah dan keperluan negara yang banyak serta perbelanjaan yang diperlukan sehubungan dengannya. Akhirnya, cukai yang dikena akan membebani rakyat, dan terlalu menyukarkan mereka. Pengenaan cukai yang tinggi menjadi suatu keharusan dan tradisi, sebab peningkatan jumlah itu dilakukan secara sedikit demi sedikit, dan tidak seorang pun secara khususnya tahu siapakah yang meningkatkan jumlah itu, atau siapa yang mengenakannya. Mereka mengenakan kepada hamba rakyat sebagai suatu tanggungjaab dan tradisinya. Taksiran itu meningkat melampau batas kewajarannya. Akibatnya ialah minat rakyat hendak melakukan budaya mengusahakan akan menjadi lenyap, kerana apabila mereka bandingkan perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan yang mereka membandingkan perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan dan keuntungan dan mereka lihat keuntungan yang mereka perolehi adalah begitu kecil, mereka menjadi putus asa. Dengan demikian, ramai yang tidak terdorong untuk turut terlibat dengan budaya mengusahakan. Sebagai akibatnya ialah pendapatan cukai keseluruhan akan menurun, sepertimana menurunnya taksiran pendapatan orang perseorangan. Selalunya
apabila pengurangan itu disedari, jumlah yang diwajibkan terhadap individu dipertingkatkan.
Ini disifatkan sebagai membayar ganti rugi di atas pengurangan itu. Akhirnya, kewajipan terhadap individu dan taksiran mencapai kepada hadnya. Tidak ada faedahnya untuk meningkatkannya lagi. Kos untuk membiayai seluruh aktiviti keusahawanan sekarang ini sudah menjadi begitu tinggi, cukainya menjadi terlalu membebankan, dan keuntungan yang dijangkakan gagal dicapai. Akhirnya peradaban dihancurkan, kerana perangsang untuk melakukan aktiviti keusahawanan sudah tiada lagi. Negaralah yang menanggungi akibatnya, sebab manfaatnya banyak diperolehi daripada kegiatan keusahawanan.Sekiranya seseorang itu memahami hal ini, dia akan menyedari bahawa pendorong yang paling kuat untuk aktiviti keusahawanan ialah dengan mengurangkan sebanyak yang mungkin jumlah yang dikenakan ke atas orang perseorangan yang berupaya untuk melakukan usaha-usaha keusahawanan. Dalam hal begini, orang berkenaan secara psikologisnya akan terangsang untuk melibatkan diri untuk
melakukannya kerana mereka berasa yakin akan mendapat keuntungan daripadanya. Dan Allah s.w.t. penguasa segalanya, dan “yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu”. (Surah 36:83)
Dari pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun berkaitan dengan dasar percukaian negara kita dapat memahami pandangan beliau berkaitan peranan kerajaan (sektor awam) dan kepentingan pengusaha (sektor swasta) dalam berperanan ke arah penyusunan sebuah ekonomi dan seterusnya menjana kepada pertumbuhan ekonomi. Pengajaran yang boleh kita pelajari adalah berikut:
i. Dalam menggubal dasar cukai untuk negara, kadar cukai perlu rendah semoga semangat keusahawanan rakyat dapat terus dirangsangkan.
ii. Jika jumlah cukai perlu ditingkat oleh sesebuah negara kadar cukai perlu berada pada paras yang rendah.
iii. Pemerintah perlu sentiasa berwaspada semoga kemewahan yang mengakibat kepada perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal. Akibat dari gelagat pemerintah yang mewah,kemungkinan besar kadar cukai akan dinaikkan dan beban cukai terhadap rakyat akan meningkat.
Natijahnya tamadun bangsa negara tersebut akan menghadapi arah kehancuran. Jelas dari pendekatan Ibn Khaldun terhadap dasar pencukaian negara, peranan sektor awam jika suasana mengizinkan perlu diminimakan semoga sektor swasta dapat berperanan dengan lebih bebas untuk membolehkannya memberi impak yang besar kepada kemajuan ekonomi negara.
Keberkesanan dalam memajukan keusahawanan ahli masyarakat (sektor swasta) adalah teras utama kepada pembangunan ekonomi negara. Perlu kita fahami bahawa apabila Ibn Khaldun menulis, khususnya dalam kitabnya Mukadimah Ibn Khaldun, kitab tersebut bukan buku ekonomi.
Oleh itu sebagai pengkaji kepada pemikiran beliau berhubung dengan penyusunan masyarakat untuk menjana ekonomi, pemikiran beliau tentang pendekatan yang perlu diambil oleh kerajaan (sektor awam) dalam menggubal dasar percukaian negara jelas member gambaran kepada kita bahawa, pertama beliau mengiktiraf kepentingan sektor awam dan pengusaha (sektor swasta) berperanan secara tepat dan
harmoni.
Kedua, pendekatan yang beliau anjurkan menepati teori penyusunan ekonomi
masyarakat (negara) mengikut Islam, iaitu dalam keadaan ekonomi yang stabil peranan sector swasta perlu diberi ruang yang seluasnya jika ekonomi negara hendak mencapai kemajuan yang tinggi. Pendekatan yang di anjur oleh Ibn Khaldun yang selari dengan kehendak Islam, merupakan satu pendekatan yang menepati fitrah kemanusiaan bermasyarakat dan bernegara dalam rangka menyusun ekonomi ke arah penjanaan pertumbuhan secara berpanjangan.
Ibnu Khaldun adalah raksasa intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapak sosiologi tetapi juga Bapak ilmu Ekonomi, karena banyak teori ekonominya yang jauh mendahului Adam Smith dan Ricardo. Artinya, ia lebih dari tiga abad mendahului para pemikir Barat modern tersebut.
Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah karya ilmiah berjudul Abul Iqtishad : Ibnu Khaldun. Artinya Bapak Ekonomi : Ibnu Khaldun. Dalam tulisan tersebut Ibnu Khaldun dibuktikannya secara ilmiah sebagai pengagas pertama ilmu ekonomi secara empiris. Tulisan ini menurut Zainab Al-Khudairi, disampaikannya pada Simposium tentang Ibnu Khaldun di Mesir 1978.
Sebelum Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia Barat masih bersifat normatif, adakalanya dikaji dari perspektif hukum, moral dan adapula dari perspektif filsafat. Karya-karya tentang ekonomi oleh para imuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, karena pemikir zaman pertengahan tersebut memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan hukum. Sedangkan Ibnu Khaldun mengkaji masalah ekonomi masyarakat dan negara secara empiris.
Ia menjelaskan fenomena ekonomi secara aktual. Muhammad Nejatullah Ash-Shiddiqy, menuliskan poin-poin penting dari materi kajian Ibnu Khaldun tentang ekonomi. Ibnu Khaldun has a wide range of discussions on economics including the subject value, division of labour, the price system, the law of supply and demand, consumption and production, money, capital formation, population growth, macroeconomics of taxation and public expenditure, trade cycles, agricultural, industry and trade, property and prosperity, etc. He discussses the various stages through which societies pass in economics progress. We also get the basic idea embodied in the backward-sloping supply curve of labour .
Ibn Khaldun membahaskan aneka ragam masalah ekonomi yang luas, termasuk
ajaran tentang tatanilai, pembahagian kerja, sistem harga, hukum penawaran dan permintaan, penggunaan dan pengeluaran, wang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, makro ekonomi dari pajak dan pengeluaran publik, daur perdagangan, pertanian, indusrtri dan perdagangan, hak milik dan kemakmuran, dan sebagainya. Ia juga membahas berbagai tahapan yang dilewati masyarakat dalam perkembangan ekonominya.
5)Teori sistem pasaran
Pada asasnya Ibn Khaldun telah mengemukakan teori sistem pasaran bebas akan tetapi kebebasan yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ini mempunyai batas-batasnya dimana ia memerlukan kepada pengawalan sikap dan emosi serta nilai-nilai lain yang perlu dalam menjaga keharmonian masyarakat. Ibnu Khaldun juga membincangkan soal pengaruh penawaran terhadap harga .
Beliau berkata: “….apabila barangan yang dibawa keluar itu sedikit dan berkurangan, harganya akan naik. Sebaliknya apabila negeri itu berdekatan dan perjalanannya selamat, akan terdapat ramai peniaga yang mngangkut barang, oleh itu barang akan berlebihan dan harganya akan jatuh…”
Menurut keterangan daripada Ibnu Khaldun di dalam bukunya Muqaddimah sebagaimana diatas, dapatlah disimpulkan bahawa ianya akan mengalihkan keluk penawaran ke atas dimana tidak ada apa-apa perubahan ke atas keluk permintaan menyebabkan harga akan naik kerana barangan semakin kurang dikeluarkan. Jika semakin banyak barang ditawarkan maka harga akan menjadi lebih murah.
Dari segi barangan pula Ibn Khaldun telah membahagikannya kepada 2 bahagian iaitu barangan daruriyyah dan kamaliyyah. Daruriyyah merupakan barangan yang memenuhi keperluan asas diri seperti tempat tinggal, pakaian perubatan dan pendidikan. Tanpa barangan ini seseorang itu akan mengalami kesusahan dalam mengharungi kehidupan. Kamaliyyah pula adalah barangan yang dikategorikan sebagai barangan mewah.
Ibnu Khaldun berpendapat barangan ini diminta segelintir individu dan ianya hanya ditawarkan sedikit sahaja kerana barangan ini akan meningkat harganya.
Ibnu Khaldun dalam penulisannya ada mengemukakan tiga factor yang mempengaruhi tingkat harga di pasaran iaitu:
1)Permintaan ke atas barang sepertimana yang telah dijelaskan.
2)Kos pengeluaran
3)Tahap kekayaan atau jumlah pendapatan.
Beliau berkata bahawa” Kos pekerja dan buruh adalah mahal di Bandar-bandar yang membangun dan bertamadun. Terdapat tiga factor yang mempengaruhi perkara ini. Pertama, keperluan yang banyak kerana tempat-tempat mewah yang terdapat di Bandar-bandar. Kedua, pekerja-pekerja industry meletakkan nilai yang tinggi pada kebolehan dan skill yang mereka miliki. Ketiga, orang ramai memiliki wang yang banyak untuk dibelanjakan dan mereka mempunyai banyak keperluan yang memerlukan khidmat orang lain untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut.”
Walaupun Ibnu Khaldun mengiktiraf sistem ekonomi pasaran bebas, akan tetapi beliau amat menitikberatkan campurtangan kerajaan dalam ekonomi bagi mengawal pasaran. Beliau menekankan kepada perlunya institusi Al-Hisbah, dimana al muhtasib akan berperanan dalam mengawal operasi pasaran, mencegah penipuan dalam timbangan dan sukatan serta lain-lain lagi.
Alhmdulillah, setelah sekian lama blog ini dibiarkan tanpa apa-apa berita, sehingga lelangitnya penuh dengan sarang labah2, dipermukaannya pnuh dgn pepasir bagaikan lautan, habuk2 yang tebal melekat di tingkap2 blog ini, akhirnya tuan punya blog ni bejaya jugak membersihkannya... huhuhu(ape daa mengarut jer), insyaallah selepas ini blog ini akan kembali aktif seaktif hotlink dengan activ10 nya... hihihi(ngarut lagi)... bagi posting kali ni, ana nk bercerita laa serba ringkas mengenai pengalaman ketika berada di ardul kinanah, bumi anbiya', bumi yang penuh dengan sejarah, selama sebulan ana bersama rakan2 disana(eh, nape tetibe jd baik nih)... huhu.... takpe, ala kulli hal, sy nak ucapkan terima kasih kepada pentadbiran Akademi Pengajian Islam UM atas usaha yang bertungkus lumus utk menghantar kami ke sana dengan menanggung sagala perbelanjaan pengajian dan pejalanan ke sana... sekali lagi terima kasih....
Terdapat banyak perbezaan cara hidup di sna berbanding di Malaysia ini. Setibanya kami di sana, perkara pertama yang sangat pelik sy lihat adalah sistem jalanraya di sana... Sy teliti semua kenderaan yang lalu sama ada dari arah depan atau belakang ketika dalam perjalanan untuk menuju ke tempat penginapan kami ialah keadaan kenderaan-kenderaan di sana tidaklah sebaik malaysia. Bukanlah di sana tidak ada kenderaan-kenderaan mewah, tetapi kenderaan-kenderaan di sana tidak ada satu pon yang saya lihat licin tanpa kesan kemalangan hatta kereta2 mewah pon sedemikian rupa... tertanya dihati ini knp blh jadi sedemikian... Adakah pnduduk2 di nagara ini tak sayang kepada harta benda mereka?? Akhirnya, baru lah saya faham kenapa perkara sedemikian terjadi... ini kerana di sana tidak ada sistem jalanraya yang sistematik, tidak ada lampu isyarat, sekiranya di simpang 4, mereka lebih kepada prinsip bertolak ansur..
Bagi pengangkutan awam disana pula, bas2 dan teksi2 di sana terlalu banyak berbeza dengan di malaysia... di sana juga sistem tambang yang selaras ke mana juga kita nak pergi dengan bayaran yang sama tidak mengikut jarak sepertimana yang terdapat di malaysia. Akan tetapi sesuatu yang agak mengerikan adalah bas di sana tidak akan berhenti sepenuhnya, jika hendak naik atau turun dari bas pon ada caranya untuk melompat menggunakn kaki mana yang lebih sesuai kerana telah berlaku kepada pelajar2 Malaysia yang br disana terjatuh ketika turun dari bas hingga melukur tangan2 halus mereka. itulah keadaannya disana.. walaubagaimanapon ia suatu pengalaman yang menarik bg kita yg pertama kali merasainya...
Satu perkara lagi yang nampak bezanya ialah sikap pnduduk disana dan di Malaysia, perkara yang sangat sypuji bg org mesir ini ialah mereka sangat peramah... tidak ada diskriminasi mengikut taraf pekerjaan di sana, pensyarah dengan pelajar akrabnya seperti rakan2, seorang jurutera, peguam tidak malu untuk bertegur sapa dengan orang2 dijalanan, dan mcm2 lg yang sy lihat perkara ini sukar untuk dilihat di Malaysia, suatu perkara yang sangat mengagumkan sy ialah mereka disana rajin membaca Al quran, tidak kira sama ada sedang mnuggu bas, di dalam metro(LRT), dan sbagainya... akan tetapi sesuatu yang agak menyedihkan sy ialah persekitaran di sana tidak melambangkan negara islam yang benar2 penduduknya mengamalkan islam kerana sampah sarap bertburan di merata tempat, dan masyarakat di sana tidak mengendahkannya malah seperti tidak ada rasa bersalah untuk mmbuang sampah dimana sahaja.
Sedih melihat keadaan anak2 kecil yang meminta sedekah dimerata tempat, ada yang menjaja gula2 di dalam bas, sedangkan umur mereka jika di Malaysia ini sedang berada di meja persekolahan untuk menuntut ilmu walaupon dari keluarga yang miskin... akan tetapi kemiskinan yang keterlaluan di sana, menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyekolahkn anak2 mereka, malahan terpaksa menolong mereka untuk mendapatkan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Tetapi apa yang kita lihat di Malaysia sgt menyedihkan... anak2 diberi segala kemudahan, yang tidak mampu juga dibantu melalui wang zakat... tetapi kita masih tidak sedar dengan segala nikmat yang ada untuk terus maju ke hadapan...
Disana, sy tidak melepaskan peluang untuk pergi melawat maqam2 para anbiya' dan ulama2, antaranya maqam imam syafie yang terletak di masid imam syafie, imam waqi(guru imam syafie) maqam imam as suyuti, maqam saidatina aisyah, maqam hussain, maqam luqman al hakim di iskandarih bersebelahan dengan maqam nabi danial, dan beberapa ulama' lagi. juga tidak ketinggalan maqam pejuang kemerdekaan mesir dari serangan Israil, iaitu maqam annuar sadat. Selain itu bermacm tempat2 sejarah telah kami lawati antaranya qal'ah(kubu) salahuddin al ayubi, qal'ah Qitbay, muzium memorial peperangn, piramid, dan mcm2 lagi laaa.. lotih nk sebut sume...
Di Masjid Saidina Hussien