Bismillahhrrahmanirrahim...
Terlebih dahulu masih blum terlambat bagi saya mengucapkan selamat brpuasa dan selamat menjalani ibadah-ibadah wajib dan sunat bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini... Sekali lagi saya memohon maaf kepada pembaca-pembaca sekalian setelah sekian lama saya tidak meng"update" blog ini dengan wadah-wadah ilmiah... bukan kerana kesibukan atau apa-apa sebab yang munasabah... tetapi kerana konflik dalaman yang membuatkan diri ini sibuk dengan hal-hal keduniaan yang akhirnya tidak membawa apa-apa makna kepada diri... Jd, bersempena dengan bulan Ramadhan, bulan "maghfirah" ataupun bulan keampunan, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri, memperbtulkan diri yang mungkin secara tidak langsung kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan banyak kesilapan dan mungkin itulah sebabnya pelbagai kaffarah telah Allah turunkan @ kenakan ke atas kita tetapi kerana kejahilan diri ini, kita masih tidak sedar-sedar dengan kesilapan yang telah kita lakukan.
Pada dasarnya manusia dijadikan Allah dalam keadaan fitrah. Semasa membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza mengikut faktor pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan.Amat
beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran & Sunnah).
Allah amat mengetahui keadaan ini. Justeru, diwajibkan berpuasa setiap tahun bagi setiap individu sebagai satu cara untuk muhasabah, mengukur dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan telah dilakukan dan sejauh mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi begini jarang dapat dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan perlu di'overhaul'
setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul' jasmani dan rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek ini merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus pembinaan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya dapat menjalani hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.
Gangguan atau rintangan yang amat mencabar bagi setiap insan ialah syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang utama. Tugas utama dan 'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya untuk menyesatkan manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia supaya akan terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan musuh kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk memukul kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas, kerja dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak
memerangkap kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta pertolongan.
Amalan puasa diwajibkan di antara lain ialah untuk memerangi syaitan. Selain berlapar atau menahan diri dari makan dan minum, kita juga dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan dan perkataan. Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Telinga dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari mengeluarkan kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong manakala mata pula dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau diharamkan. Jika dilakukan dengan penuh ketaatan syaitan tidak langsung dapat peluang memeragkap kita di bulan ini. Tambahan pula dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka.
Pendek kata dalam bulan ini, kita mesti menghisab diri dan mengawasi segala tindak laku kita supaya tidak mencemari amalan puasa. Nabi sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan bulan ini dengan bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah keistimewaannya. Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain, maka
peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan kecapi kelazatannya sama sekali.
Setelah mempuasakan segala indera kita dari apa yang dilarang oleh Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengaji ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan puasa dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.
Walaupun tidur orang puasa diberikan pahala, namun memperbanyakkan tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan sebagaimana tidak digalakkan makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka memadalah dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan
puasa ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa berbuka kita penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita melayan semula kehendak syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa pada hari itu masih samar-samar dan tidak memberi kesan positif. Oleh
sebab itu, Nabi saw pernah bersabda ramai orang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.
Syaitan sangat suka sifat membazir malahan mereka yang membazir dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan kita membeli juadah dan kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir kerana semasa berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang saja.
Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak
ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah motif saya sebelum ini mengepos artikel didalam bahasa arab sedangkan tidak ada terjemahan tentang artikel tersebut dan mungkin tidak akan membawa apa-apa erti kepada mereka yang tidak mempunyai asas dalam bahasa arab. Sebenarnya, artikel tersebut adalah sebahagian daripada artikel untuk pembentangan saya dalam subjek fiqh usrah. Apa yang saya ingin bawakan disini ialah sebagai perkongsian pengalaman sahaja buat tatapan sahabat dan jika ianya baik jadikanlah sebagai tauladan dan apa yang tidak baik itu dijadikan sebagai pengajaran kerana pengalaman lah yang menjadikan diri kita lebih matang.
Berlatarbelakangkan sejarah sebagai seorang pelajar STPM yang boleh dikatakan tidak lah mempunyai kemahiran yang baik dalam berbahasa arab jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang tamat pembelajaran dari Nilampuri dan STAM, akan tetapi ianya bukanlah sebagai suatu alasan untuk mengatakan diri ini tidak boleh melakukannya. Nak dijadikan cerita, hari ni adalah hari yang membawa seribu hikmah dan penuh dengan pengajaran. Benar kata-kata hikmah, hidup ini umpama roda kadang-kadang kita di atas kadang2 dibawah, ia bukanlah kehendak seseorang tetapi ia adalah putaran alam....
Pagi yang indah, dikala sahabat2 lain yang masih dibuai mimpi tidur selepas subuh, diri ini tidak dapat melakukannya, kerana semester ini setiap hari kelas bermula pada pkul 8 pagi... alhamdulillah... satu tabiat lama dapat dikikis dari diri ini.... bermula dengan kelas accounting yang diajar oleh Cik Aini, segala latihan yang diberi telah disiapkan awal2 lg, kerana saya tidak suka apabila Cik Aini berleter kerana masa akan habis dengan ceramah-ceramah motivasinya. Pujian demi pujian diberi terus menguji diri supaya tidak bangga dengan diri ini, kerana ujian Allah yang lebih besar di dalam hidup ini ialah dengan memberi nikmat dan kesenangan bukannya dengan kecelakaan yang menimpa diri yang selalunya kita akan ingat kepada ilahi....
Ceh... ayat skema la pulak... hehe...
Hari yang sama, tibalah giliran saya untuk untuk membentangkan tajuk kafaah fi zawaj dalam subjek fiqh usrah. Sebelum itu, tajuk ini blum lg dibahaskan di dalam kuliah tetapi disebabkan rakan2 lain yg belum bsedia untuk membentangkan tajuk masing-masing, terpaksalah saya mngambil alih tempat mereka untuk terus membentangkan tajuk saya ini.... berbekalkan isi kandungan yang diambil daripada kitab2 yang lama di dalam bahasa arab, jadi agak sukar untuk memahami ayat-ayat yang dimaksudkan di dalam buku tersebut... sudahla tak berapa nak pandai dalam bahasa Arab, subjek ini pula diajar dalam bahasa arab dan pensyarah jga minta ia dibentangkan di dalam bahasa Arab, jadi semasa pembentangan tersebut seperti tidak ku sangka sebegini teruk persembahan yang dilakukan...
Agak merah padam juga muka ini kerana dimarahi pensyarah, sindiran-sindiran yang menusuk ke hati, jantung, lemak dan hempedu membawakan diri ini untuk berfikir semula.... mungkinkah ini kifarah atas kemalasan atau mengambil ringan tugasan yang telah diberikan, dan mungkin juga ujian daripada Nya supaya tidak lupa diri, alhamdulillah... Allah masih mnyayangi hambanya ini dengan memberi ptunjuk dan hidayahnya supaya kita berfikir semula terhadap perbuatan perbuatan yang telah kita lakukan sebelum ini... Mungkin pernah terlanjur kata atau perbuatan tanpa kita sedari yang memerlukan kita kepada istighfar dan taubat kepada Nya. Kepada sahabat-sahabt jadikanlah ia sebagai pengajaran, jika ia tidak boleh diterima bakarlah ia dari fikiran anda sehingga ia menjadi abu, jgnlah ia dijadikan master untuk dicopy untuk diedarkan sebagai fitnah kepada yang lain... Sekian, barakallahualaika....
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki




