" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

Salam Imtihan kepada semua.....

Posted by bro_JSE 12 April 2009 0 comments



Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari. Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah yang amat baik sekiranya berlaku dalam suasana yang sihat. Sebaliknya, perlumbaan juga boleh menjadi punca tekanan dalam diri pelajar sekiranya tidak menghadapinya dengan betul.

Tekanan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya, yang paling penting adalah cara belajar seseorang itu. Pelajar yang melakukan persediaan awal akan lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan. Kelalaian yang berlaku di awal musim pengajian boleh menjadi punca berlakunya tekanan bagi kebanyakan pelajar. Justeru, pengurusan masa yang efektif amat penting terutama dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum menjelang hari peperiksaan.

Begitu juga tekanan boleh berlaku disebabkan suasana persekitaran tempat belajar yang tidak kondusif. Bayangkan anda berada dalam linkungan masyarakat yang pelajar yang tidak mampu bekerjasama meskipun sama-sama inginkan kejayaan dalam peperiksaan yang mendatang.

Selain itu, tekanan daripada harapan kedua orang tua untuk melihat kejayaan anaknya juga kadang-kadang boleh menjadi penyumbang. Harapan sebegini jika dilihat dari sudut yang positif, sebenarnya boleh menjadi suatu bentuk motivasi yang cukup kuat. Namun jika ia dianggap sebagai suatu bentuk tekanan akan menyebabkan pelajar mudah stres sehingga mewujudkan keserabutan dalam pemikiran pelajar. Dalam keadaan ini , seorang individu itu berkemungkinan melakukan tindakan yang luarbiasa dan yang paling menakutkan- bunuh diri.

Menghadapi tekanan peperiksaan atau perlumbaan menuntut kepada spiritual dan mental yang jitu. Spiritual dan mental yang lemah akan menyebabkan pelajar mudah mengaku kalah sebelum berjuang- putus asa. Kekuatan mental lahir dari sikap dan pemikiran yang optimis serta stabil dalam berusaha mencapai matlamat yang diinginkan.

Manakala kekuatan spiritual pula, bagi status kita sebagai pelajar muslim lahir dari hubungan kita dengan Yang Esa. Justeru, Perbanyakkanlah berzikir, tadabbur al-Quran dan merenung keindahan pada penciptaan alam sebagai salah satu cara mencari ketenangan jiwa. Sentiasalah berbaik sangka dengan keadilan Allah azzawajalla. Namun, sekiranya kita masih tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana ada hikmah yang lebih berharga. Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada Allah (swt) dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.

Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan kita bersama-sama redha dari Yang Esa.

Solat Hajat Dan Ceramah Motivasi

Posted by bro_JSE 03 April 2009 0 comments




Perhatian kepada semua pembaca blog, anda semua dijemput beramai-ramai untuk sama-sama kita mengimarahkan lagi program solat hajat dan ceramah motivasi anjuran balai Islam kolej kediaman kelapan, Universiti Malaya.

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments