" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)

Pemikiran Ibnu Khaldun Dalam Ekonomi

Posted by bro_JSE 30 March 2009

Awwalan, sebanyak-banyak kemaafan ku pohon kepada rakan-rakan sekalian di atas kesepian blog ini dalam penyampaian dakwah dan peringatan kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian tidak kiralah sama ada kita ini dari golongan yang kaya atau miskin, dari kelompok yang berpengaruh atau orang awam, dari golongan yang berpendidikan atau golongan kurang pendidikan, sesungguhnya peringatan itu sangat berguna kepada orang-orang yang beriman sebagaimana yang kita maklum sepertimana yang telah disebutkan oleh Allah di dalam Al- Quran. Bagi posting kali ini, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian untuk kita menyoroti pemikiran ahli falsafah Islam yang terkenal iaitu Ibn Khaldun dalam pemikirannya mengenai ekonomi.

LATAR BELAKANG IBNU KHALDUN

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba da pertama kali digunakan oleh Pythogoras (570-504 sebelum masihi (S.M)).Pythogoras ialah seorang ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 S.M. Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “Philo’’ yang bermaksud “Cinta’’ dan “Sophia’’ yang bermaksud “kebijaksanaan’’.Oleh itu falsafah boleh diertikan sebagai “cinta’’ dan “kebenaran’’. Namun takrif ilmu falsafah seharusnya lebih terperinci daripada pengertian yang bergitu luas dan longgar itu. Antara ahli falsafah terkemuka Islam adalah Ibnu Khaldun.

Nama penuhnya adalah Abdul Rahman Abu Zaid Waliyu ad-Din ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir. Nama Abu Zaid di ambil dari nama ayahnya, karena kebiasaan bangsa Arab jika tidak mengetahui nama asli yang sebenarnya maka akan memanggil dengan nama ayahnya. Sedangkan Waliyu ad-Din adalah sebuah gelar setelah beliau menjabat sebagai hakim di Mesir. Dan nama Ibnu Khaldun diambil dari nama kakeknya yaitu Khalid bin 'Utsman.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden.
Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "theCruel of Castile.
Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal. Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan.

Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibnu Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

Ibnu Khaldun juga telah mejalankan analisis yang mendalam tentang teori ekonomi. Beliau menjalankan kesemua kajian beliau tentang teori ekonomi berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibnu Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti ekonomi yang mereka jalankan setiap hari tetapi beliau telah menganggap manusia sebagai manusia islam ( Islam man/Homo Islamicus) yang memerlukan pengetauhan dan pembelajaran ilmu tentang ekonomi untuk memenuhi atau menjalankan misinya diatas muka bumi ini.

Oleh itu, beliau menekankan bahawa manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya manusia seharusnya dan wajib mengikuti ajaran islam. Selain itu juga, beliau menekankan manusia perlu menjadikan Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.


PEMIKIRAN EKONOMI IBN KHALDUN


1)Manusia dan Ekonomi

Berdasarkan analisis yang mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal).

Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.


2)Teori Pengeluaran

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktorfaktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran.

Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.


3)Teori Nilai, Wang dan Harga

Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.


4)Teori Pengagihan

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian.

Pencapaian matlamat tersebut merupakan prasyarat kepada kemampuan negara menjana pembangunan ekonomi. Contoh yang jelas tentang pendekatan tersebut dapat kita rujuk kepada ulasan beliau berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menggubal dasar pencukaian negara. Pendekatan yang beliau kemukakan jelas memberi satu gambaran bahawa kedua-dua sektor awam dan swasta sangat penting berperanan dalam memajukan ekonomi negara. Yang lebih menarik beliau meletakkan peranan yang besar kepada sector swasta.

Beliau dalam bukunya yang paling terkemuka, Mukadimah Ibn Khaldun ada menyarankan pandangan dan pendekatan beliau tentang dasar cukai dengan maksud seperti berikut: “Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya mengusahakan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya mengusahakan itu meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dantaksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat.”

Dalam buku tersebut beliau juga ada membuat penganalisaan berikut: “Setiap kewajipan terhadap individu dan taksiran ditingkatkan, demi mendapat kutipan hasil cukai (jibayah) yang lebih tinggi. Cukai kastam dikenakan terhadap barang-barang dagangan dan dikutip dipintu-pintu kota. Kemudian, jumlah taksiran cukai dipertingkatkan dikenakan lepas satu kepada satu yang lainnya, sejajar dengan peningkatan budaya hidup mewah dan keperluan negara yang banyak serta perbelanjaan yang diperlukan sehubungan dengannya. Akhirnya, cukai yang dikena akan membebani rakyat, dan terlalu menyukarkan mereka. Pengenaan cukai yang tinggi menjadi suatu keharusan dan tradisi, sebab peningkatan jumlah itu dilakukan secara sedikit demi sedikit, dan tidak seorang pun secara khususnya tahu siapakah yang meningkatkan jumlah itu, atau siapa yang mengenakannya. Mereka mengenakan kepada hamba rakyat sebagai suatu tanggungjaab dan tradisinya. Taksiran itu meningkat melampau batas kewajarannya. Akibatnya ialah minat rakyat hendak melakukan budaya mengusahakan akan menjadi lenyap, kerana apabila mereka bandingkan perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan yang mereka membandingkan perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan dan keuntungan dan mereka lihat keuntungan yang mereka perolehi adalah begitu kecil, mereka menjadi putus asa. Dengan demikian, ramai yang tidak terdorong untuk turut terlibat dengan budaya mengusahakan. Sebagai akibatnya ialah pendapatan cukai keseluruhan akan menurun, sepertimana menurunnya taksiran pendapatan orang perseorangan. Selalunya
apabila pengurangan itu disedari, jumlah yang diwajibkan terhadap individu dipertingkatkan.

Ini disifatkan sebagai membayar ganti rugi di atas pengurangan itu. Akhirnya, kewajipan terhadap individu dan taksiran mencapai kepada hadnya. Tidak ada faedahnya untuk meningkatkannya lagi. Kos untuk membiayai seluruh aktiviti keusahawanan sekarang ini sudah menjadi begitu tinggi, cukainya menjadi terlalu membebankan, dan keuntungan yang dijangkakan gagal dicapai. Akhirnya peradaban dihancurkan, kerana perangsang untuk melakukan aktiviti keusahawanan sudah tiada lagi. Negaralah yang menanggungi akibatnya, sebab manfaatnya banyak diperolehi daripada kegiatan keusahawanan.Sekiranya seseorang itu memahami hal ini, dia akan menyedari bahawa pendorong yang paling kuat untuk aktiviti keusahawanan ialah dengan mengurangkan sebanyak yang mungkin jumlah yang dikenakan ke atas orang perseorangan yang berupaya untuk melakukan usaha-usaha keusahawanan. Dalam hal begini, orang berkenaan secara psikologisnya akan terangsang untuk melibatkan diri untuk
melakukannya kerana mereka berasa yakin akan mendapat keuntungan daripadanya. Dan Allah s.w.t. penguasa segalanya, dan “yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu”. (Surah 36:83)

Dari pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun berkaitan dengan dasar percukaian negara kita dapat memahami pandangan beliau berkaitan peranan kerajaan (sektor awam) dan kepentingan pengusaha (sektor swasta) dalam berperanan ke arah penyusunan sebuah ekonomi dan seterusnya menjana kepada pertumbuhan ekonomi. Pengajaran yang boleh kita pelajari adalah berikut:

i. Dalam menggubal dasar cukai untuk negara, kadar cukai perlu rendah semoga semangat keusahawanan rakyat dapat terus dirangsangkan.
ii. Jika jumlah cukai perlu ditingkat oleh sesebuah negara kadar cukai perlu berada pada paras yang rendah.
iii. Pemerintah perlu sentiasa berwaspada semoga kemewahan yang mengakibat kepada perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal. Akibat dari gelagat pemerintah yang mewah,kemungkinan besar kadar cukai akan dinaikkan dan beban cukai terhadap rakyat akan meningkat.

Natijahnya tamadun bangsa negara tersebut akan menghadapi arah kehancuran. Jelas dari pendekatan Ibn Khaldun terhadap dasar pencukaian negara, peranan sektor awam jika suasana mengizinkan perlu diminimakan semoga sektor swasta dapat berperanan dengan lebih bebas untuk membolehkannya memberi impak yang besar kepada kemajuan ekonomi negara.

Keberkesanan dalam memajukan keusahawanan ahli masyarakat (sektor swasta) adalah teras utama kepada pembangunan ekonomi negara. Perlu kita fahami bahawa apabila Ibn Khaldun menulis, khususnya dalam kitabnya Mukadimah Ibn Khaldun, kitab tersebut bukan buku ekonomi.

Oleh itu sebagai pengkaji kepada pemikiran beliau berhubung dengan penyusunan masyarakat untuk menjana ekonomi, pemikiran beliau tentang pendekatan yang perlu diambil oleh kerajaan (sektor awam) dalam menggubal dasar percukaian negara jelas member gambaran kepada kita bahawa, pertama beliau mengiktiraf kepentingan sektor awam dan pengusaha (sektor swasta) berperanan secara tepat dan
harmoni.

Kedua, pendekatan yang beliau anjurkan menepati teori penyusunan ekonomi
masyarakat (negara) mengikut Islam, iaitu dalam keadaan ekonomi yang stabil peranan sector swasta perlu diberi ruang yang seluasnya jika ekonomi negara hendak mencapai kemajuan yang tinggi. Pendekatan yang di anjur oleh Ibn Khaldun yang selari dengan kehendak Islam, merupakan satu pendekatan yang menepati fitrah kemanusiaan bermasyarakat dan bernegara dalam rangka menyusun ekonomi ke arah penjanaan pertumbuhan secara berpanjangan.

Ibnu Khaldun adalah raksasa intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapak sosiologi tetapi juga Bapak ilmu Ekonomi, karena banyak teori ekonominya yang jauh mendahului Adam Smith dan Ricardo. Artinya, ia lebih dari tiga abad mendahului para pemikir Barat modern tersebut.

Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah karya ilmiah berjudul Abul Iqtishad : Ibnu Khaldun. Artinya Bapak Ekonomi : Ibnu Khaldun. Dalam tulisan tersebut Ibnu Khaldun dibuktikannya secara ilmiah sebagai pengagas pertama ilmu ekonomi secara empiris. Tulisan ini menurut Zainab Al-Khudairi, disampaikannya pada Simposium tentang Ibnu Khaldun di Mesir 1978.

Sebelum Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia Barat masih bersifat normatif, adakalanya dikaji dari perspektif hukum, moral dan adapula dari perspektif filsafat. Karya-karya tentang ekonomi oleh para imuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, karena pemikir zaman pertengahan tersebut memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan hukum. Sedangkan Ibnu Khaldun mengkaji masalah ekonomi masyarakat dan negara secara empiris.

Ia menjelaskan fenomena ekonomi secara aktual. Muhammad Nejatullah Ash-Shiddiqy, menuliskan poin-poin penting dari materi kajian Ibnu Khaldun tentang ekonomi. Ibnu Khaldun has a wide range of discussions on economics including the subject value, division of labour, the price system, the law of supply and demand, consumption and production, money, capital formation, population growth, macroeconomics of taxation and public expenditure, trade cycles, agricultural, industry and trade, property and prosperity, etc. He discussses the various stages through which societies pass in economics progress. We also get the basic idea embodied in the backward-sloping supply curve of labour .

Ibn Khaldun membahaskan aneka ragam masalah ekonomi yang luas, termasuk
ajaran tentang tatanilai, pembahagian kerja, sistem harga, hukum penawaran dan permintaan, penggunaan dan pengeluaran, wang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, makro ekonomi dari pajak dan pengeluaran publik, daur perdagangan, pertanian, indusrtri dan perdagangan, hak milik dan kemakmuran, dan sebagainya. Ia juga membahas berbagai tahapan yang dilewati masyarakat dalam perkembangan ekonominya.

5)Teori sistem pasaran

Pada asasnya Ibn Khaldun telah mengemukakan teori sistem pasaran bebas akan tetapi kebebasan yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ini mempunyai batas-batasnya dimana ia memerlukan kepada pengawalan sikap dan emosi serta nilai-nilai lain yang perlu dalam menjaga keharmonian masyarakat. Ibnu Khaldun juga membincangkan soal pengaruh penawaran terhadap harga .

Beliau berkata: “….apabila barangan yang dibawa keluar itu sedikit dan berkurangan, harganya akan naik. Sebaliknya apabila negeri itu berdekatan dan perjalanannya selamat, akan terdapat ramai peniaga yang mngangkut barang, oleh itu barang akan berlebihan dan harganya akan jatuh…”

Menurut keterangan daripada Ibnu Khaldun di dalam bukunya Muqaddimah sebagaimana diatas, dapatlah disimpulkan bahawa ianya akan mengalihkan keluk penawaran ke atas dimana tidak ada apa-apa perubahan ke atas keluk permintaan menyebabkan harga akan naik kerana barangan semakin kurang dikeluarkan. Jika semakin banyak barang ditawarkan maka harga akan menjadi lebih murah.

Dari segi barangan pula Ibn Khaldun telah membahagikannya kepada 2 bahagian iaitu barangan daruriyyah dan kamaliyyah. Daruriyyah merupakan barangan yang memenuhi keperluan asas diri seperti tempat tinggal, pakaian perubatan dan pendidikan. Tanpa barangan ini seseorang itu akan mengalami kesusahan dalam mengharungi kehidupan. Kamaliyyah pula adalah barangan yang dikategorikan sebagai barangan mewah.

Ibnu Khaldun berpendapat barangan ini diminta segelintir individu dan ianya hanya ditawarkan sedikit sahaja kerana barangan ini akan meningkat harganya.
Ibnu Khaldun dalam penulisannya ada mengemukakan tiga factor yang mempengaruhi tingkat harga di pasaran iaitu:
1)Permintaan ke atas barang sepertimana yang telah dijelaskan.
2)Kos pengeluaran
3)Tahap kekayaan atau jumlah pendapatan.

Beliau berkata bahawa” Kos pekerja dan buruh adalah mahal di Bandar-bandar yang membangun dan bertamadun. Terdapat tiga factor yang mempengaruhi perkara ini. Pertama, keperluan yang banyak kerana tempat-tempat mewah yang terdapat di Bandar-bandar. Kedua, pekerja-pekerja industry meletakkan nilai yang tinggi pada kebolehan dan skill yang mereka miliki. Ketiga, orang ramai memiliki wang yang banyak untuk dibelanjakan dan mereka mempunyai banyak keperluan yang memerlukan khidmat orang lain untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut.”

Walaupun Ibnu Khaldun mengiktiraf sistem ekonomi pasaran bebas, akan tetapi beliau amat menitikberatkan campurtangan kerajaan dalam ekonomi bagi mengawal pasaran. Beliau menekankan kepada perlunya institusi Al-Hisbah, dimana al muhtasib akan berperanan dalam mengawal operasi pasaran, mencegah penipuan dalam timbangan dan sukatan serta lain-lain lagi.

1 Responses to Pemikiran Ibnu Khaldun Dalam Ekonomi

  1. kaishi2483 Says:
  2. nak tanya, sumber rujukan awak dari buku mana?

     

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments