" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

Berakhirnya Minggu Promo di Universiti Malaya

Posted by bro_JSE 25 July 2008

Dalam kesibukan menguruskan hal-hal pendaftaran subjek, pembayaran hutang-hutang yang lepas, mencari buku-buku rujukan untuk semester kali ini, pelajar-pelajar di Universiti Malaya tidak pernah lupa untuk melibatkan diri dalam persatuan-persatuan berdaftar di Universiti Malaya yang mana minggu promosi setiap persatuan-persatuan berdaftar di UM telah berakhir pada hari Khamis lepas, 24 Julai 2008.

Program selama 4 hari bermula 21 Julai 2008 itu, telah disertai oleh persatuan-persatuan yang tidak asing lagi di UM seperti Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Persauan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM, Persatuan Buddhist UM, Kelab Taekwando, persatuan-persatuan anak negeri, dan lain-lain lagi. Ia adalah suatu pengalaman yang baru bagi pelajar-pelajar tahun satu, dimana jika sebelum ini mereka dipaksa untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah, tetapi di Universiti mereka bebas untuk menyertai apa-apa persatuan sekali pun dan tidak ada hadnya.

Saya yang juga merupakan exco kebajikan Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjaga gerai persatuan melihat pelbagai ragam pelajar-pelajar di Universiti Malaya ini, yang mungkin boleh dikatakan sebagai kanak-kanak remaja lagi kerana jika melihat pada gaya mereka, seolah-olah sudah matang tetapi bila bersembang dengan mereka mcm aku jugak rupanye...huhu.... setiap persatuan-persatuan telah menyediakan bermacam-macam jenis cenderahati untuk ahli-ahli baru mereka seperti pen, bku nota, key chain dan sebagainya....

Pada hari ketiga program, telah diadakan pertandingan Gerai Terbaik, jika pada hari pertama saya melihat gerai-gerai persatuan-persatuan di situ agak biasa, nama persatuan masing-masing hanya ditulis dengan marker pen pada kad manila , tetapi menjelang hari pemarkahan gerai, saya melihat seolah-olah seperti berada di Tadika Kemas, dengan belonnya yang berwarna warni, langsir yang berkilat-kilat (mungkin br sampai pos dari rumah), dan bermacam-macam lagi lah. tak caye pegi tengok sndiri tahun depan. :-).



Tetapi, apa yang penting sebenarnya ialah semangat untuk aktif dalam persatuan itu sendiri, semangat kerja berkumpulan dan secara tidak langsung dapat melatih kepimpinan seseorang itu sebelum menghadapi dunia pekerjaan. Banyak pengalaman yang dapat kita perolehi jika aktif dalam persatuan, antaranya kita boleh melihat dunia luar dan tidak hanya berpaut pada buku sahaja, bukanlah saya menidakkan kepentingan ilmu itu sendiri, tetapi kita harus seimbang dalam mengambil kedua-duanya.

Teringat saya pada kata-kata Cr. Nik Shaharul Apizo, Penolong Pengarah(kaunselor) Bahagian Sumber Manusia (MARA), yang lebih mesra dengan panggilan abg Nik, dalam ceramah motivasinya ada menyebut kebanyakannya orang yang berjaya itu adalah mereka yang Aktif dalam persatuan dan tidak mengabaikan ilmu, kebiasaannya orang yang aktif dalam persatuan ini jarang kita dengari mereka gagal dalam pejaran, malah apabila keluar keputusan peperiksaan, mereka lebih hebat daripada mereka yang langsung tidak aktif dalam persatuan.

Sampai disini sahaja coretan saya kali ini, sudah 10 hari saya tidak update blog ini kerana sibuk dengan kerja-kerja di jabatan, jadi jika ada pengalaman-penagalamn berharga, sama-samalah kita berkongsi. sekian.....

0 comments

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments