" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

KÕLëK§Ï MãDãH

Posted by bro_JSE 11 July 2008

Jangan terlalu tinggi menulis, tetapi jangan pula terlalu rendah. Itulah karangan yang agung.

Sejarah adalah politik masa lampau dan politik adalah sejarah sekarang.

Seseorang gadis apabila berada di sisi seorang jejaka mestilah bersikap seperti bunga yang menginsafi keharumannya.

Sahabat yang sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu, bukannya orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Empat perkara amalan budiman adalah menjauhkan cakap kosong, menjauhi tangan daripada menganggu, cepat memberikan penghargaan dan lambat menjatuhkan tuduhan.

Sahabat itu umpama bayang-bayang, apabila terang nampaklah ia dan apabila gelap hilanglah ia.

Jika kita tidak dapat memiliki apa yang kita suka, sukailah apa yang telah kita miliki.

Kehidupan merupakan suatu nostalgia perjalanan, kematian merupakan kenyataan yang sebenarnya.

Kejayaan merupakan sebuah tangga, di mana anda tidak boleh mendakinya dengan tangan menyeluk saku.

Memburu cinta memang baik, tetapi cinta yang datang tanpa diburu seribu kali lebih baik lagi.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Berhati-hati memilih kawan, tetapi lebih berhati-hatilah lagi apabila
bertukar pasangan.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Kecantikan wanita seperti kaca yang tidak bermakna tanpa dihiasi
dengan jiwa yang tulus.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi
pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Nikmat serta kebahagian yang kita rasai pada hari ini adalah bukti kesungguhan usaha kita pada masa yang lalu.

Melakukan sesuatu perkara dengan tujuan untuk mendapatkan ganjaran adalah lambang manusia yang materialistik.

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.

Seseorang yang bergelar pakar adalah seorang yang banyak pengetahuan tentang kekurangan bukannya banyak pengetahuan tentang kelebihan.

Laksanakanlah apa yang dicita-citakan dan sebaliknya padamkanlah apa sahaja yang diangan-angankan.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Kebencian akan membawa dua sahabat menjadi musuh, dua pemimpin akan bertelingkah, dua negara akan bergolak dan dua benua akan musnah.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Kehidupan ini diibaratkan sebuah pentas dan makhluk yang bergelar manusia adalah pelakon utamanya.

Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tetapi tidak semua
orang tahu bila dia patut bercakap.

Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai boleh belajar, tetapi kurang kejujuran, payah dan sukar menambah dan mempelajari kecuali dengan kemahuan dan kemampuan yang luar biasa.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Jangan disampaikan dan dipertaruhkan rahsia kepada orang yang belum dipercayai benar kerana mempertaruhkan rahsia kepada mereka bererti membuka rahsia itu.

Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam
dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

Apabila anda berada di puncak sebuah gunung jangan sesekali anda
lupakan rumput di bawah yang pernah anda pijak.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi
jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Kenangilah kesilapan pada masa lalu agar terbina sempadan di masa akan datang.

Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Sesungguhnya untuk menilai kebaikan seseorang adalah amat
sukar daripada mencari keburukannya.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir tetapi akal juga telah digunakan oleh manusia untuk memusnahkan antara satu sama lain.

seseorang hanya menghasilkan dua kesudahan iaitu kegembiraan dan kesedihan.

Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup


0 comments

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments