" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)

Selawat pada sembahyang terawih

Posted by bro_JSE 03 September 2008

Soalan:
Bagaimanakah hukumnya orang yang shalat terawih, apabila tiap2 sudah memberi salam terus imam atau bilal membaca selawat Nabi dengan suara yang kuat serta membaca bermacam2 selawat. Makmumpun juga membalas sebagaimana imam tadi dengan suara yang keras juga.Adakah ini sudah pernah dijalankan oleh Nabi atau sahabat2nya?

Terima Kasih.....

Jawapannya:

Menurut syeikh Athiyah Saqr:
Di sana tiada nas yang menegah daripada melakukan zikir (termasuk selawat) atau doa atau bacaan al-Quran pada perceraian setiap dua rakaat tarawih atau setiap empat rakaat. Ia termasuk di bawah keumuman perintah syarak agar berzikir dalam setiap keadaan. (lihat Ahsanul Kalam Fil Fatawa, vol 7, hal. 243)

Katanya lagi:
Dan memang, para salafus soleh tidak melakukannya, tetapi ia bukanlah sebagai dalil atas larangan terhadap perkara berkenaan. Manakala riwayat yang menceritakan tentang larangan mereka tentang perkara ini adalah tidak dapat dipercayai.

Katanya lagi:
Perceraian antara dua rakaat atau empat rakaat ini, dapatlah kita samakan dengan apa yang dilakukan oleh penduduk Mekah. Di mana mereka akan melakukan tawaf 7 X untuk setiap 4 rakaat ( 2 tarwihah). Sedangkan penduduk Madinah pula menggantikan tawaf oleh penduduk Mekah dengan menambah bilangan rakaat, sehingga menjadikannya 36 rakaat. (Al-Iqna', vol. 1, al-Khatib al-Syarbini)

Katanya lagi:
Cara begini tidak digolongkan sebagai bid'ah yang dikeji.

Masalah:
Makmum pun juga membalas sebagaimana imam tadi dengan suara yang keras juga.

Jawapan:
Berzikir beramai-ramai selepas solat dan sebagainya (termasuk dalam kes ini) ada perselisihan di kalangan ulamak. Sebahagiannya menganggap ia sebagai bid'ah, sebahagian yg lain adalah sebaliknya. Ini adalah berdasarkan beberapa hadis mengenainya.

Kesimpulannya:
1. Zikir, selawat dan sebagainya, boleh dilakukan jika mahu untuk setiap dua rakaat atau empat rakaat tarawih.
2. Boleh atau tidak melakukannya secara beramai-ramai adalah masalah khilafiyah.

zain y.s

Sekian. Wallahu a'lam.

0 comments

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments