Terdetik pula dihatiku ini untuk membuka bicara mengenai tajuk yang sudah lama bermain sama ada di kaca tv ataupun di akhbar-akhbar sejak kebelakangan ni. Bagi saya ini adalah satu cabaran bagi kaum Adam yang berada di luar sana. Agak malu juga untuk membincangkan isu ini sebenarnya, memandangkan saya sendiri adalah dari kaum tersebut, ape yang hendak saya tekankan disini ialah kepentingan ilmu itu sendiri, kadang-kadang ssetengah orang hanya mementingkan kerjaya daripada ilmu itu sendiri. Mereka beranggapan "blaja tinggi-tinggi pon buat ape, last2 menganggur jugak, tengok ramai siswazah universiti tu yang menganggur", sedangkan dalam Islam itu sendiri menekankan umatnya untuk menuntut ilmu, dengan ilmu kerjaya boleh dicipta, dengan ilmu masyarakat dapat keluar dari belenggu kejahilan, dengan ilmu juga negara menjadi lebih teguh, ilmu Allah itu sangat luas, jadi saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian terutamanya bagi kaum Adam yang bakal menjadi ketua dalam segala perkara, sama-samalah kita berusaha menambah ilmu tidak kiralah dimana jua tempatnya, apa yang penting ialah kita tidak menjadi umat yang jahil.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob berkata, lebih mengejutkan lagi trend penguasaan golongan itu dalam bidang teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot dan kini didominasi pula oleh pelajar perempuan.
''Untuk kelayakan ke bidang perguruan sahaja, sebanyak 70 peratus dikuasai pelajar perempuan... di manakah pelajar lelaki? ''Trend kekurangan pelajar lelaki ini sebenarnya tidak di UPSI sahaja, tidak juga dalam kursus bahasa dan perguruan, tetapi meluas di seluruh universiti yang turut meliputi bidang profesional dan teknikal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Aminah yang merupakan bekas Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menghasilkan satu kajian berhubung kelemahan pendidikan di kalangan pelajar Melayu. Antara hasil kajiannya mendapati 98 peratus ibu bapa tidak pernah melawat sekolah anak mereka dan 90 peratus lagi tidak melakukan pengawasan dalam hal tertentu termasuk menentukan anak-anak mempunyai peralatan persekolahan dan membuat kerja sekolah di rumah.
Kajiannya juga mendapati sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila didapati 73 peratus tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung pada guru.
Menurut Aminah, Kementerian Pelajaran perlu mengubah teknik pengajaran ke arah yang lebih mengupayakan pelajar untuk menelaah dan berfikir.''Kita jangan lagi bergantung kepada sistem peperiksaan yang berbentuk menghafal sebaliknya tukarkannya kepada teknik mengasah minda dan berfikir.''Jika kekurangan pelajar lelaki di IPTA ini tidak ditangani dikhuatiri akan wujud ketidakseimbangan besar yang mengakibatkan penyertaan golongan itu dalam bidang profesional tidak menyerlah," katanya."
---utusan 16 jun 2008----
"PUTRAJAYA 16 Jun - Kekurangan jumlah pelajar lelaki di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini semakin serius dan membimbangkan terutama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
0 comments