" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us

Peraduan '100 hari 100 kereta' haram: Jakim

Posted by bro_JSE 18 June 2008

Satu keputusan yang boleh dijangkakan, memang jelas dari peraduan tersebut dapat kita ketahui bahawa ia adalah haram cuma menunggu keputusan secara rasmi daripada JAKIM untuk mengisytiharkannya, bagi saya ia adalah suatu keputusan yang positif ke arah menghapuskan perjudian, akan tetapi mengapa pusat-pusat perjudian seperti TOTO, Magnum dan sebagainya pada hari ini dibiarkan berkembang bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan?? Dimanakah pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menangani perkara ini?? Fikir-fikirkan lah....

"PUTRAJAYA: Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam memutuskan, Peraduan '100 Hari 100 Kereta' anjuran Celcom (Malaysia) Bhd melanggar syariah dan mengandungi unsur judi. Serentak itu, panel berkenaan mengarahkan Celcom menamatkan serta-merta peraduan itu atau menggubal semula konsep dan termanya supaya menepati kehendak syariah jika ingin meneruskannya. Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran."Justeru peraduan yang berlandaskan terma dan syarat sedia ada tidak boleh diteruskan. Jika ingin meneruskannya, ia perlu mengikut konsep baru yang selari syariah Islam," katanya kepada Berita Harian selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di Bangi, semalam. "

0 comments

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments