" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)

Hari Interaksi Jabatan Syariah Dan Ekonomi

Posted by bro_JSE 23 July 2008

Tanggal 19 dan 20 Julai 2008, tersebutlah dalam sejarah Jabatan Syariah dan Ekonomi Univesiti Malaya apabila pertama kali dalam sejarah telah berjaya melaksanakan hari interaksi jabatan di luar Akademi Pengajian Islam Univesiti Malaya. Dua hari satu malam di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Selangor Darul Ehsan, dalam suasana yang ceria, seramai lebih 60 orang pelajar jabatan Syariah Dan Ekonomi terdiri daripada tahun satu, dua dan tiga bersama-sama menjayakan program ini.



Satu program yang sangat berharga yang harus dimanfaatkan oleh pelajar2 kerana bagi saya, walaupun sudah setahun di dalam jabatan ini, tetapi saya masih belum mengenali senior2 di jabatan sendiri, walaupon kadang2 selalu berselisih di Akademi Pengajian Islam. Selain itu program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubung
an antara pelajar dan pensyarah jabatan Syariah dan Ekonomi. Banyak masalah yang dapat kami berkongsi bersama dalam program ini, pensyarah2 yang tidak lokek ilmunya, beserta pengalaman2 yang telah dilalui sblm ini, program yang agak santai dengan pensyarah2 yang mesra dengan pelajar2, membuatkan kami tidaklah berasa malu untuk menyatakan masalah kami di dalam pelajaran.




Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah sukaneka, prgram bsama pensyarah, BBQ, dan sebagainya. Dalam bersuka ria bercuti sambil merehatkan otak yang tengah berserabut, aktiviti2 kerohanian juga tidak dilupakan dan penasihat lajnah kami yang pada program ini berlangsung tidak dapat bersama2 kami kerana sedang menunaikan umrah, ttpi diatas kudrat kerajinan beliau progaram ini dapat dilaksanakan. Jarang sekali program2 bersuka ria seperti ini dijalankan program seperti Qiamullail, tetapi kali ini kami melakukannya. Bak kata ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Prof Dr. Joni Tamkin Bin Burhan dalam kuliah subuhnya, mlm td kita BBQ, dah ckup untuk makanan fizikal, pagi ini kita Qiam utk makanan rohani pula, dan selepas ini kite bersukan untuk melengkapkan kitaran hidup yang sihat, kata2 beliau sangat bermakna, membuatkan kita berfikir kelogikannya....

Akhir kata, moga2 program yang telah dijalankan ini membawa seribu kenangan dan manfaat kepada semua pelajar, saya sangat berbangga menjadi salah seorang daripada pelajar Jabatan Syariah dan Ekonomi......


1 Responses to Hari Interaksi Jabatan Syariah Dan Ekonomi

  1. ikhwan Says:
  2. salam....bleh tnye ckit...apa kelebihan jabatan ni..??? B.arab n B.inggeris camne dlm jabatan ni..???

     

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments