" MENUJU AL - FALAH "



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan sesuatu denganMu, sedang aku mengetahuinya dan memohon ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.” (HR. Ahmad)
Image Hosted by ImageShack.us


Alhamdulillah, selesai sudah program yang diberi nama Munaqasyah Lughawiyah dan Bicara Siswa yang telah dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi ex-student SMKA SHAMS STPM sesi 2003/2004, 2004/2005 dan 2005/2006 yang telah diadakan pada 21 Jun 2008 bertempat di surau al-Hidayah SMKA SHAMS. Saya telah dijemput oleh senior saya saudara Ramdan sebagai wakil daripada UM untuk memberikan sedikit gambaran mengenai kehidupan di kampus UM. Selain saya, turut dijemput untuk memeriahkan program tersebut ialah Abg Bob yang sekarang masih belajar dalam tahun 3 di Universiti Al Bait, Jordan. Selain itu, Abg Ramdan, moderator program yang juga pelajar tahun 3 di USIM dalam kursus Bahasa Arab turut menjemput abg Hasbullah(USIM), abg Yazid(pegawai zakat), abg Qadar(UPSI), dan juga kakak-kakak senior ku yg tidak ku ingat nama-nama mereka(sori..hehe), dari pelbagai universiti seprti UIA, UKM, UDM,KUIS dan sebagainya.

Program tersebut bermula pada pkul 9 malam iaitu slot Munaqasyah Lughawiyah bersama Abg Ramdan dimana dalam slot tersebut adik-adik perserta di SMKA SHAMS telah diberi pengenalan mengenai Bahasa Arab itu sendiri. Pelbagai teknik serta langkah telah diberikan oleh abg Ramdan untuk mempelajari bahasa Arab dengan mudah. Teknik tersebut telah pun dilaksanakannya. Saya juga agak terkejut kerana abg Ramdan telah fasih dalam berbahasa Arab tidak seperti yang ku kenalinya dahulu (huhuh...sori, terjujur plak) . Abg Ramdan juga telah menceritakan serba sedikit mengenai tkoh yang hebat dalam menguasai bahasa iaitu Ibnu Al Farabi yang menguasai hampir 70 bahasa. Selain itu, abg Ramdan juga telah mengajar sebuah lagu nasyid bahasa Arab yang apabila mendengarnya boleh dikatakan semangat jugak la lepas tu. Lagu tersebut bertajuk Uhibbu Syujja'. Sebelum mengakhiri slot tersebut, abg Ramdan telah menunjukkan rakaman Debat Bahasa Arab Universiti-universiti dalam negara yang telah dilangsungkan di USIM. Agak kagum juga bila melihat mahasiswa mahasiswi tersebut berdebat dalam bahasa Arab. Bila lah agaknya dapat jadi mcm tu. Cemburu tu ada lah jugak. huhuhu. takpe, insyaallah kite boleh!!!

Tamat slot tersebut tibalah kepada slot bicara siswa. Setiap daripada kami diberi masa selama 7 minit untuk bercakap mengenai universiti masing2. Tetapi rancangan hanya tinggal angan2 kerana masing2 bila dah dapat je microphone tu.... huhuu.... sumenye jadi gile mic. Tak nak lepas woo...heehee. Abg Bob diberi penghormatan sebagai orang pertama untuk bercakap pada slot terbebut sebab dia kate nk balik awl.. agak menarik juga sebab abg bob blaja di Jordan, jadi pengalamannya lain dari yang lain. Pada awalnya dia kata nk balik awl dan bercakap sekejap je, tapi bila dah dapat mic huhuu... 20 minit jugak laaa sekejapnye..(huhuu...sori abg bob).... tp byak pengajaran daripada cerita abg bob pada mlm tu, berapi jugak laa mcm Mawi... sterusnya tiba giliran abg Qadar yang sedang mengikuti kursus pendidikan sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni di UPSI untuk menceritakan kisahnya pula.... slepas itu giliran saya pula untuk menerangkan serba sedikit mengenai kursus yang saya ambil di UM. Memandangkan kesuntukan masa, saya hanya dapat bercakap 2 minit je...huhuu... sodih pak cik. Bermacam gaya dan rupa kakak2 dan abg2 ni.... kak asnida dengn cakap nye yang laju mcm motorboat, kak hajar pula dengan control ayu nye, kak linda pula dengan senyuman nye yang tak terkira, kak kitz nara(bukan nama sebenar) pula dengan malu2 nye..huhu... abg hasbullah plak dengan kemachoan yang tak terhingga....dan yang terakhir pula abg Yazid wakil daripada Pusat Zakat Negeri Sembilan. Walau apa pun, terima kasih diucapkan pada semua, moga apa yang telah diberikan itu dapat memberi gambaran dan manfaat kepada adik2 di SMKA SHAMS sebagai persediaan sebelum menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi.


4 comments

  1. mohad Says:
  2. salam.. apa khabar..

     
  3. bro_JSE Says:
  4. wslm warahmatullah... alhamdulillah c aht. ijad ni siapa ye?

     
  5. slm...ni yg cedih nie..xde pun nama ukm...nama akak pun xda..majok la camnie..xnak kawan.hehehe

     
  6. bro_JSE Says:
  7. wslmwrhmatullah.... hehehe... lek2... sori kak.... kuat merajuk jgk ye... yela2 sy edit blk... terlupo plak nk ubuh hr tu...

     

Profile

Image Hosted by ImageShack.us
Dilahirkan pada tanggal 17 nov 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Saint Aidan dan SK Tampin, kemudian menyambung pada peringkat menengah di SMRA Repah, SMA Sains Kuala Pilah dan SMK Tampin, Menduduki STPM di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dan kini berada dalam tahun akhir di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditaklifkan sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010.

Ruang Bicara

    Comments